Panduan Untuk Orang Muda Dari Pemimpin Tertinggi PAS


Haron DinMARANG – Mursyidul Am PAS, Dato’ Dr. Haron Din memulakan bicara dengan bercerita tentang kisah hidup beliau yang sangat menarik dan jarang didengari.
Katanya, beliau merupakan seorang insan yang terdidik dengan kerja berat, dan sejak dari bangku sekolah, beliau mengayuh basikal berulang alik dari rumah ke sekolah arab yang sejauh 20km.


“rutin sewaktu kecil………selalu berulang alik mengayuh basikal menjadikan beliau seorang yang sukakan cabaran.
IMG_5157 (2)“Pada tahun 1961 saya dan seorang kawannya berpakat untuk pusing Malaya (Malaysia) mengembara ke seluruh tanah air dengan basikal,”ujarnya.
Beliau berkata demikian pada program ‘Chat With Me’ Sembang Santai Bersama Pemuda, sempena Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke-2, dekat sini pada Khamis malam, 19 Mac.
Katanya, mereka bertolak dari Perlis dengan basikal dengan cuma berbekalkan RM50.
Dalam perjalanan, ketika sampai ke Kuala Lumpur, sahabat beliau demam panas, dan mereka ke hospital untuk mendapatkan rawatan dengan duit yang ada.
Sahabat beliau akhirnya sembuh dan mereka nekad untuk balik semula ke Perlis.
“Sampai di perlis waktu tengahari, ramai orang memenuhi rumah saya…….. sebaik sahaja sampai sebuah keranda besar diusung keluar.
“saya terduduk kerana memikirkan ayah ataupun ibu beliau mungkin telah meninggal………saya meninjau orang ramai dan melihat ayah dan ibu,”ujarnya.
IMG_5141 (2)Ketika itu barulah beliau tahu, bahawa yang meninggal itu adalah seorang lelaki yang tinggal jauh di hujung sawah padi dan kebaikan hati ayah beliau yang mahu menguruskan jenazah arwah di rumah mereka sendiri.
“Itulah antara pengalaman beliau yang dirasakan mencabar,”katanya.
Bekas Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata, zaman berubah begitu pantas dan katanya pada zaman beliau dahulu, cabaran hampir tiada.
Katanya, budaya luar tidak masuk ke Tanah Melayu, yang ada hanyalah permainan yang melalaikan cuma untuk memenuhi masa lapang yang ada dan tidak memberi erti kepada masyarakat.
“Tapi kini, cabaran yang ada menghambat kita hingga ke tempat tidur kita. Semua yang ada menyediakan hiburan dan keseluruhan daripada pengaruh-pengaruh ini membuat kita menyimpang dari islam yang sebenar.
“Kesemua ini adalah cabaran yang memerlukan ketahanan bukan sahaja orang muda bahkan ketahanan dari seluruh masyarakat untuk kembali kepada islam dari sumbernya yang asli dan penaksirannya yang dapat dipertanggungjawabkan sebagai sahih,”jelasnya.
Justeru kata beliau, panduan telah ditinggalkan kepada orang muda bagi bakal datang menyerang orang muda.
“apa sahaja yang datang dari Barat walaupun kadangkala ada nilai yang baik tetapi kebanyakan yang datang itu membawa racun yang berbisa yang mengajak kita kepada meninggalkan agama,”tegasnya.
Tuan IbrahimTurut menjadi ahli penal dalam program forum santai itu adalah Naib Presiden PAS, Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Bin Tuan Man .
Ustaz Tuan menceritakan pengalaman beliau yang pernah mengikuti ekspedisi yang dinamakan Ekspedisi Mencari Puteri Gunung Ledang bersama kawan-kawan beliau sekitar tahun 80-an, dan pengalaman menarik beliau sewaktu belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Pada waktu itu, katanya, kawan beliau mempunyai sebuah motosikal Vespa tetapi tidak mempunyai lesen dan cukai jalannya juga telah mati.
“merupakan seorang yang sangat aktif bergiat dengan usrah anak-anak muda dan sanggup berulang alik dari UKM ke Temerloh untuk berusrah. Setiap kali sebelum berangkat ke Temerloh kawan beliau ini akan berdoa.
“suatu hari saya terdengar dia berdoa meminta hujan. Saya tanya kenapa dan jawapan dari kawannya adalah kerana apabila waktu hujan polis tidak ada di jalan maka dia dapat pulang ke Temerloh tanpa takut disaman,”ujarnya ketika bercakap di dapan ribuan hadirin.
IMG_7165 (2)Beliau juga menceritakan pengalaman beliau yang pernah mengalami kemalangan jalan raya ketika beliau membawa motosikal.
Katanya, kemalangan itu melibatkan motosikal beliau dengan sebuah lori, dimana motosikal beliau terseret masuk ke bawah lori, dan tayar lori yang berat memijak badan beliau.
Sebelah kiri tubuh beliau dipijak lori dan kaki kirinya berada di bawah tayar lori. Motosikal beliau telahpun hancur . Sebaik sahaja lori itu memijak kaki beliau dan turun, beliau terus bangkit berdiri. Seluar beliau hancur namun kaki beliau tidak patah.
Ustaz Tuan berkata bahawa beliau yakin bahawa dalam setiap benda yang kita buat kerana Allah, Allah pasti akan membantu kita.
Oleh itu beliau juga berpesan kepada anak muda agar jangan merosakkan diari hidup sendiri, kerana nanti kita sendiri yang akan menyesal di hari tua.
“Waktu muda gunalah untuk melakukan sesuatu yang bermanfaat kerana kita tidak mungkin dapat mengembalikan waktu muda kita.
“Kesilapan yang dilakukan di usia mudalah yang terkadang menimbulkan penyesalan di usia tua,”katanya

Ulasan