PAS Besut Bina Rumah Asas Kepada Mangsa Banjir


IMG-20150227-WA0087BESUT – PAS Kawasan Besut telah berjaya membina sebuah rumah baru bagi seorang mangsa banjir di kampung Sungai Lah dekat Lata Tembakah Hulu Besut.
Timbalan Yang Dipertuanya, Shalahuddin Ja’afar berkata, kira-kira 70 peratus dari rumah asas yang bernilai RM10,000 itu telah siap.
“Alhamdulillah, sudah siap bernilai rumah asas lebih kurang 70 % dari jumlah sumbangan RM10,000 hasil sumbangan ahli-ahli dan penyokong PAS,


IMG-20150227-WA0088“banyak penduduk yang rumah mereka rosak akibat banjir belum dapat dibaik pulih, setakat ini kerajaan hanya beri bantuan wang sahaja,”ujarnya yang lebih dikenali sebagai Cikgu Solah.
Sebelum ini, beliau yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Hulu Besut berkata, dengan kerjasama Lujnah Kebajikan PAS Kawasan Besut, agensi serta unit-unit PAS Besuttelah berjaya mengagihkan bantuan, sejak banjir mula melanda pada Dismeber lalu.
“barang makan, alatan dapur gas, kewangan diagihkan kepada pada mangsa banjir kepada lebih 300 buah rumah yang ditenggelami air musim banjir lalu.
“Unit Amal Besut dan ARC telah gotong royong mencuci rumah, manakala Kelab 4×4 Evergreen menyediakan pengangkutan barang-barang yang diagihkan,”tambah beliau

Ulasan