Unit Amal Malaysia Siap Sedia Untuk Pembarisan Ijtimak

 amal ijtimak1
MARANG – Pasukan pembarisan Unit Amal Malaysia bersiap siaga untuk membuat persembahan pembarisan bersempena Majlis Perasmian Ijtima’ Antarabangsa pada pagi esok bertempat di perkarangan Dewan Tok Guru, Rusila.
briged ijtimakKomander Pasukan tersebut Mohd Said Mohd Amin berkata Pasukan Unit Amal ini yang diwakili oleh Pasukan Unit Amal Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT), Tok Jiring yang dianggotai seramai 40 ahli pasukan pembarisan.
“persiapan pembarisan bermula dengan sesi pemilihan ahli pasukan pembarisan seterusnya mereka yang terpilih diserap untuk mengikuti latihan teori dan praktikal,
“pembarisan khas yang diketuai oleh Kor Komander Unit Amal Malaysia……Tempoh latihan diadakan selama beberapa minggu,”ujarnya ditemui selepas raptai akhir hari ini.
Beliau turut mengulas tentang seorang pasukan pembarisannya yang pengsan ketika melakukan raptai akhir.
“Ahmad Fikri Wahab, 17, pengsan ketika raptai akhir tersebut tidak mempunyai sebarang rekod masalah kesihatan.
“Ahmad Fikri pengsan hanya kerana tidak mengambil sarapan pagi dan kini berada dalam keadaan stabil tetapi boleh meneruskan pembarisan untuk esok,“ujarnya.
Beliau berkata, pihaknya melakukan yang terbaik dengan persiapan yang rapi bersempena program yang barakah dan berprestij ini.
IMG-20150319-WA0057Katanya, syarat yang dikenakan dalam pemilihan anggota pembarisan untuk ijtimak adalah sangat ketat termasuk dengan mengambil kira aspek kesihatan dan fizikal yang baik.
“Pasukan kami tidak sabar untuk mempersembahkan yang terbaik terutama untuk tetamu istimewa yang terdiri dari pimpinan gerakan Islam seantero dunia,” ujarnya.
Sebanyak 3 kontinjen menyertai acara perbarisan sempena perasmian Ijtima’ Antarabangsa Perpaduan Ummah kali ke-3 yang bakal berlangsung pada pagi esok yang terdiri daripada Unit Amal, Kadet Amal dan Briged Muslimat.
Acara pembarisan bermula pada 8.45 pagi esok sejurus ketiabaan Naib Ketua kesatuan Ulama Islam Sedunia Merangkap Presiden PAS oleh Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan pimpinan-pimpinan kehormat yang lain.
Perasmian ijtimak ini akan dirasmikan oleh tuan guru sendiri. Orang ramai diseru untuk datang beramai-ramai ke program yang kali ke-3 diadakan setelah kali pertama dan ke-2 yang masing-masing diadakan pada tahun 1988 dan 1993.

Ulasan