Unit Media Siap Siaga Buat Liputan Ijtimak


IMG-20150318-WA0054MARANG – Petugas Unit media Badan Perhubungan Pas negeri Terengganu memberi komitmen untuk memberi perkhidmatan terbaik sepanjang tiga hari Ijitima’ Antarabangsa Perpaduan Ummah kali ke-3 yang diadakan di Negeri Terengganu.
Seramai 24 petugas dari unit ini yang terdiri daripada wartawan, jurugambar dan penterjemah. Manakala 30 petugas dari Media perdana. Media antarabangsa juga dijangka memberi tumpuan kepada ijtima ini kerana menampilkan wakil dari 41 buah Negara.


IMG-20150318-WA0056Menurut Ketua Unit Media ijima’ Sazali Mohd Nor, Sebuah bilik Khas disediakan bagi memberi keselesaan kepada pengamal media bertugas.
“pembantu Media dari unit kita mestilah memberi kerjasama sebaik mungkin kepada semua petugas media dalam dan luar negara bila diminta ” Ujar beliau semasa memberi taklimat persiapan terakhir kepada petugas media sebelum program bermula.
Malam pertama dijangka menarik perhatian perserta seluruh Negara apabila menampilkan ucapan pertama Mursyidul am Pas Dato’ Tuan Guru Dr. Harun Din pada 19 Mac jam 9:00 malam.
Pihak urusetia program telah mengeluarkan senarai tempat orang ramai meletakan kenderaan dan bas yang disediakan.
Pelbagai lagi kemudahan lain telah disediakan untuk melicinkan urusan pihak pengamal media seperti akses internet yang dipertingkatkan. Ratusan ribu peserta dijangka berkampung di sini sepanjang tiga hari ijima’ yang bermula 19 hingga 21 mac.

Ulasan