KUALA LUMPUR - 19 petugas media 'Lidah Rasmi PAS' dari Harakah akan membuat liputan H355, daripada sejumlah kira-kira150 orang kakitangan pelbagai akhbar dalam dan luar negara yang telah mengesahkan hadir di Padang Merbok, esok.
Ketua Pengarangnya Wan Nordin Wan Yaacob berkata, jumlah gerombolan 'orang media' Harakah itu dibantu oleh petugas Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Ternggganu.
"Saya dimaklumkan seramai lebih 150 orang terdiri daripada wartawan, jurugambar dan juru video telah mendaftar untuk membuat liputan,
"termasuk 194 orang dari akhbar kita Harakah yang akan turut dibantu petugas KAMI," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di pejabatnya, lewat malam Sabtu, 17 Februari.
Oleh itu, katanya, satu pertemuan bagi tujuan penyelarasan kerja akan diadaakan antara KAMI dengan Harakah pada pagi Sabtu.
"Kebetulan, ia memang termasuk dalam jadual satu lawatan kerja KAMI ke Harakah, kita akan menyelaraskan supaya berita terbaik dipaparkan kepada para pembaca,
"Esok jam 9 pagi, akan duduk bersama supaya perhimpunan terbesar umat Islam Islam Malaysia (H355) akan dilapor sebagai satu sejarah hebat sepanjang zaman," jelasnya.
Ulasan