Oleh : Khairul Nizam Abdullah
Program Himpunan Harapan Semua-PAS ganti Umno (HARAP-PGU)
3.5 yang berlangsung di bumi Besut 23-25 Febuari lalu meninggalkan seribu
kenangan buat diriku ....
Aku bersama Cikgu Sazali dan Abang Nazmi memulakan langkah
melawat tapak HARAP bagi memastikan segala persiapan bagi menjayakan misi
merealitikan impian melihat studio tv pertama yang dikendalikan Kumpulan
Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu berjalan lancar.
HARAP TV diberi gelar untuk menyebarkan maklumat tentang
cita-cita sebuah parti yang menjadikan Al Quran dan As Sunnah sebagai dasar
sebuah perjuangan bagi mendaulatkan Islam yang syumul dibumi Malaysia yang
tercinta ini.
Dan disinilah Tuhan Rabbul Jalil mengabulkan doa ku selama
ini ... Allah ... indahnya hidup ini bila hatiku mula dijentik perasaan
rindu terhadap seseorang.
Bermula dengan mesej yang dihantar seorang sahabat media, dari seorang sahabat media KAMI .... maka tercetuslah percikan api rindu aku kepadanya.
Jarak kami berdua yang jauh cuba dirapatkan atas nama
ukhuwah Islamiyah.
Dan ... dengan izin dan takdirNya ... kami mula rapat bagi mengenali hati budi masing-masing.
Dan ... dengan izin dan takdirNya ... kami mula rapat bagi mengenali hati budi masing-masing.
Pertembungan sengaja diatur oleh sahabat media KAMI dgn
seribu harapan agar tertegaknya sebuah masjid yang mendapat keredhoan Ilahi ...
Bungaan cinta mula berkembang setelah dibajai serta disirami
dengan suluhan nur Rabbul 'alamin.
Segala kelengkapan serta keperluan bagi mendirikan rumah
yang paling mulia dimuka bumi ini .... 'masjid' penyatu dua hati mula
dipersiapi.
Ulasan