Lebih 10K Peserta H355 Mula Bergerak Ke Ibukota


Tepat jam 10.30 Jumaat malam, kesemua 11 buah bas membawa seramai 450 peserta H355 dari Kawasan Dewan Undangan (DUN) Jabi selamat berlepas.

Pengerusi PAS DUN tersebut, Dr Azman Ibrahim berkata, di samping itu, 10 buah kenderaan persendirian juga turut serta membawa kira-kira 40 orang peserta lagi.

"Ditambah dengan 15 motosikal berkonvoi yang bertolak pada pagi tadi.

"Sembilan buah bas akan melalui jalan Gua Musang - Kuala Lumpur sementara bakinya melalui Lebuhraya Pantai Timur," jelasnya ketika diihubungi.

Sementara itu, Pegawai Media DUNSeberang Takir, Khairul Nizam Abdullah berkata, 400 orang pembawa panji-panji Islam dari Seberang Takir bertolak ke Kuala Lumpur pada jam 10.45 malam .

"Tiga buah bas, sepuluh buah van dan 35 buah motosikal berkonvoi membelah malam nan dingin dengan harapan untuk melihat tertegaknya syariat Islam yang syumul dibumi Malaysia yang tercinta ini,

"bermula dengan pindaan akta 3 55 yang akan dibawa oleh Presiden PAS, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang," tulis beliau kepada kami.

Katanya, jumlah itu tidak termasuk kereta persendirian yang bertolak lebih awal.

Katanya, walaupun mungkin jumlah itu boleh dikira kecil berbanding dengan bilangan peserta dan kenderaan dari DUN lain, namun beliau kami yakin bahawa, mereka adalah individu yang dipilih Allah.

"Mereka adalah pilihan Allah untuk meneruskan obor perjuangan Islam yang mewakili Terengganu, dan di negara ini," tambahnya.

Pergerakan kenderaan tersebut mewakili lebih 200 buah bas, dan ribuan kenderaan lain mewakili lebih 10 ,000 orang warga Terengganu yang akan membanjirii padang Merbok, lokasi Himpunan Menyokong RUU 355.

Ulasan