Program Sembang Santai kendalian TV HARAP membongkar kenyataan sebenar tentang peranan Majlis Syura Ulama, bagaimana hubungan PAS dengan parti-parti politik yang lain, soal sikap 'lunak' serta persoalan tentang Budaya Politik Matang dan Sejahtera.
Ikuti catatan temubal antara TV HARAP dengan Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS Dato' Dr. Mohamad Nik Zawawi Nik Salleh di bawah;
Ikuti catatan temubal antara TV HARAP dengan Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS Dato' Dr. Mohamad Nik Zawawi Nik Salleh di bawah;
SOAL : Apakah peranan sebenarnya Majlis Syura Ulama?
JAWAB : Peranan majlis syura ulama iaitu satu badan yang disebut didalam perlembagaan ia merupakan satu badan yang tertinggi didalam Parti Islam Semalaysia (PAS) yang memainkan peranan untuk menjaga landasan perjuangan parti supaya ianya bertepatan dengan Alquran, Sunnah, Ijma' dan Qias.
Majlis syura juga berperanan akan memutuskan perkara yang rahsia didalam parti seperti urusan tahaluf siyasi urusan bekerjasama dengan parti-parti lain dan juga berkenaan dengan dasar-dasar dalaman dan luaran yang dibawa oleh PAS di tengah masyrakat.
SOAL : Apakah langkah-langkah Majlis Syura Ulama sebelum dan selepas membuat keputusan
JAWAB : Kebiasaannya majlis syura ulama akan bersidang dan persidangan ini dibuat dua bulan sekali tetapi mutaakhir ini kita buat sebulan sekali. Persidangan dewan ulama ini kita lihat kepada perkembangan yang berlaku didalam parti kita sekiranya ada perkara yang urgent yang mesti dibincangkan segera, terutamanya waktu sekarang ini, waktu masyarakat menubuhkan parti. Ada parti yang ditubuhkan kerana tidak berpuas hati, ada yang dibuang dari parti asal dan mereka tidak boleh menafikan yang mereka mesti bersama PAS. Kalau tidak parti mereka akan habis begitu sahaja.
Maka PAS melalui majlis Syura Ulama terpaksa bersidang dan berbincang dan perbincangan itu kita fokuskan bagaimana agama kita membenar ataupun tidak membenar kita mengadakan hubungan dua hala secara langsung ataupun bersefahaman secara politik. Jadi itu yang akan kita putuskan didalam majlis syura ulama.
Selepas diputuskan maka kita akan mengarahkan parti kita di seluruh organ supaya organ-organ parti ini menjayakan keputusan yang telah diputuskan oleh majlis Syura Ulama. Dan Majlis Syura Ulama akan berikan keputusan ini kepada lujnah politik PAS Pusat supaya keputusan ini apabila dilaksanakan ia tidak merugikan imej politik PAS itu sendiri.
SOAL : Nampaknya begitu teliti, Majlis Syura Ulama dalam membuat sesuatu keputisan, bukan kita bincang dan buat keputusan segera?
JAWAB : Tidak! Sebelum daripada ini, kalau kita hendak lihat sebagai contoh, ketika kita nak memutuskan hubungan antara PAS dengan DAP…..kita bincangkan banyak aspek bukan sahaja majlis syura ulama ini membincangkan perkara-perkara yang meletakkan hukum secara umum. Tetapi kita lihat bagaimana DAP, situasi yang ada dalam DAP. Mengapa dulu DAP sikapnya agak lunak dengan perjuangan PAS tetapi tiba-tiba secara mendadak menolak ia menolak perjuagan PAS dana pa hubungkait DAP dengan Kristian dan banyak lagi aspek yang lain, sehingga Majlis Syura Ulama bersidang seingat saya lebih dari lima kali yang kita bincangkan untuk memutuskan adakaha tahaluf siyasi yang kita bina selama ini terbatal atau tidak terbatal.
Kita tidak memutuskan hubungan dengan DAP tetapi DAP yang membatalkan syarat-syarat tahaluf yang kita letakkan didalam parti Islam. Menyebabkan kita mengumumkan bahawa tahaluf siyasi terbatal, bukan kita yang tolak DAP tetapi oleh kerana mereka dengan sikapnya menyebabkan tahaluf siyasi ini terbatal. Bila terbatal tentunya kita dalam perjuangan ini kena bertegas kerana ia membabitkan isu dasar dalam perjuangan PAS itu sendiri.
SOAL: Selain daripada soal-soal politik, apa lagi yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulama?
JAWAB: Kita juga membincangkan……sebagai contoh perkara yang banyak kita bincangkan dalam sidang yang lepas baru-baru ini, berkenaan budaya politik matang sejahtera (ia) kita jadikan ia satu asas dakwah untuk kita menarik manusia kepada jalan Allah, sebab itu kadang-kadang sesetengah masyarakat yang buta tentang politik matang sejahtera ini, macam-macam yang mereka sebut. Ada yang mengatakan PAS ini dekat dengan UMNO lunak dengan Umno dan parti-parti lain.
Kita majlis syura ulama memang kita mengarahkan supaya parti kita ini bertindak lunak dengan sesiapa sahaja. Dan kita akan bertegas dengan mana-mana parti yang perlu kita bertegas yang merugikan Islam kita akan bertegas tiada bertolak ansur. Sebab itu lunak kita itu memberi suatu input yang sangat positif didalam parti kita. Kita lunak dengan kerajaan ini berbeza lunak dengan Umno dan setakat ini kita lihat tidak ada lagi kita lunak denganUumno seperti budaya politik matang dan sejahtera. Kita lunak dengan kerajaan sepertimana yang berlaku di negara-negara maju.
SOAL : Jadi tak betul dakwaan kita lunak dengan Umno?
JAWAB : Ya…. tidak betul, adalah tanggapan yang sangat tidak betul dan saya harap kepada semua pendengar supaya faham, (bagaimana) hubungan parti kita dengan kerajaan dan hubungan parti kita dengan yang lain. Dan alhamdulillah setakat ini kita tidak mengadakan hubungan diantara PAS dan Umno kecuali dalam bentuk hubungan individu, itu sejak dari dulu lagi. Kita ada bincang dalam perkara yang membabitkan dua hala iaitu PAS dengan Umno yang memberikan keuntungan kepada Islam. Cuma sekarang ini yang berlaku ialah hubungan kita dengan kerajaan macam penglibatan beberapa kepimpinan PAS dalam kluster dakwah, politik dan seumpamanya, itu dengan kerajaan.
Perbincangan yang kita bincangkan dengan menteri-menteri bukan kita bincang dengan ahli jawatankuasa tertinggi Umno, walaupun orang yang sama tapi kita bincang atas kapasitinya sebagai menteri.
Kerana itu adalah hubungan diantara PAS dengan pihak kerajaan yang sepatutnya sekian lama telah wujud. Alhamdulillah sekarang ini kita wujudkan perkara ini dan kita dapati bahawa PAS memperolehi satu sokongan daripada masyarakat umum terutama sekali golongan profesional, golongan terpelajar, golongan cendekiawan mereka melihat gaya yang dibawa oleh PAS ini ialah gaya yang matang. Ini adalah satu perkara yang perlu difahami semua.
SOAL : Kadang-kadang ada orang yang memahami, apabila berlaku penghayatan Budaya Politik Matang Dan Sejahtera ini sehingga tidak boleh menegur sesuatu penyelewengan sesuatu kemungkarang, adakah keadaan ini betul?
JAWAB : Berkenaan dengan perkara yang ada di hadapan kita yang mungkar ataupun penyalahgunaan kuasa ketirisan dan macam-macam perkara. Benda maksiat yang berlaku hiburan dan seumpamanya, di hadapan kita.
Nabi Muhammad sebut dalam hadis barang siapa yang melihat sesuatu kemungkaran hendaklah ia cegah dengan tangan, jika tidak mampu hendaklah dengan lidah dan jika kamu tidak mampu maka bencilah didalam hati. Tiga unsur yang yang nabi sebut ini adalah strategi politik yang sangat matang dan mantap. Yang pertama ada perkara yang perlu kita pulau yang kita tidak boleh terlibat yang sukar kita bagi nasihat macam isu yang berkaitan dengan hubungan dengan yahudi dan sebagainya. Perkara yang membabitkan benda judi. Ini benda qat'ie (putus). Adapun perkara-perkara yang membabitkan ada kemungkinan kerajaan boleh mengubah apabila kita nasihat. Apabila kita tampilkan PAS ini sebuah parti yang dibelakangya ada jutaan pengikut ada kuasa besar di belakang kita tentunya kerajaan akan dengar suara daripada PAS.
Maka dalam aspek ini kita diminta supaya memberi nasihat dan kita mengambil satu jalan sebagaimana nabi Allah Musa AS yang diperintah Allah.
Wahai Musa dan Harun pergilah kamu berjumpa firaun. Firaun
kita tahu ia sebuah kerajaan yang sangat kebal yang sukar mendengar nasihat
dari orang lain tapi Allah memerintah pergilah kamu bercakap dengan elok yang
hikmah mudah-mudahan dia akan mengingati Allah dan kembali kepada jalan yang
benar.
Walaupun Allah tahu dia Firaun tidak akan dengar, tapi Allah perintah nabinya Musa dan Harun supaya pergi nasihat kerana disebut dalam al_Quran ini adalah jalan dan dasar kita dalam perjuangan. Ada benda yang kita mesti nasihat.
Kita nasihat pihak kerajaan supaya dia balik kejalan Allah taala. Alhamdulillah dan akhir ini kerajaan bersetuju untuk bersama kita untuk melaksanakan pindaan RUU355 sedangkan undang-undang islam ini sejak dari sekian lama Umno dan BN tolak, tapi hasil dari perbincangan yang baik antara kita dan pihak kerajaan maka dia menerima cadangan kita dan dia bawa bersama kita ke parlimen. Sehingga RUU ini dibentang oleh presiden kita. Kita melihat majlis penerangan pun diambil alih oleh pihak kerajaan kepada jabatan-jabatan kerajaan dan semua ini memberi penerangan kepada kefahaman masyarakat berkenaan pentingnya kembali kepada undang-undang Islam. Kerana peraturan ini sahaja yang menjamin keamanan dalam negara, yang lain daripada ini telah terjawab sebelum ini.
Dengan jenayah yang semakin banyak, penyelewengan yang semakin dahsyat. Ketirisan semakin parah. Jadi ini semua menggambarkan undang-undang lain tidak berjaya, yang berjayanya undang-undang islam. Dan sejarah telah terpapar sebelum daripada ini.
Walaupun Allah tahu dia Firaun tidak akan dengar, tapi Allah perintah nabinya Musa dan Harun supaya pergi nasihat kerana disebut dalam al_Quran ini adalah jalan dan dasar kita dalam perjuangan. Ada benda yang kita mesti nasihat.
Kita nasihat pihak kerajaan supaya dia balik kejalan Allah taala. Alhamdulillah dan akhir ini kerajaan bersetuju untuk bersama kita untuk melaksanakan pindaan RUU355 sedangkan undang-undang islam ini sejak dari sekian lama Umno dan BN tolak, tapi hasil dari perbincangan yang baik antara kita dan pihak kerajaan maka dia menerima cadangan kita dan dia bawa bersama kita ke parlimen. Sehingga RUU ini dibentang oleh presiden kita. Kita melihat majlis penerangan pun diambil alih oleh pihak kerajaan kepada jabatan-jabatan kerajaan dan semua ini memberi penerangan kepada kefahaman masyarakat berkenaan pentingnya kembali kepada undang-undang Islam. Kerana peraturan ini sahaja yang menjamin keamanan dalam negara, yang lain daripada ini telah terjawab sebelum ini.
Dengan jenayah yang semakin banyak, penyelewengan yang semakin dahsyat. Ketirisan semakin parah. Jadi ini semua menggambarkan undang-undang lain tidak berjaya, yang berjayanya undang-undang islam. Dan sejarah telah terpapar sebelum daripada ini.
Ulasan