PAN Main Politik Persepsi - Dr B.Chandran

Oleh KAM

KUALA TERENGGANU: Parti Amanah Negara (PAN) dinasihatkan agar lebih menghormati PAS dengan tidak bermain politik persepsi terhadap parti itu.

Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat, Dr Bala Chandran berkata pemimpin PAN tidak perlu mencampuri urusan PAS dengan hujah persepsi.

Sebab itu, kata beliau tidak terpengaruh dengan politik persepsi dari mana-mana pihak kerana mengetahui tentang dasar perjuangan PAS.


“Itu persepsi PAN sahaja. Sebab itu, orang yang keluar PAS itu banyak yang berpersepsi. PAS pecah atau tak pecah itu kita tak tahu.

“Saya tak ikut orang yang berpersepsi. PAS kini telah berusia 63 tahun yang mempunyai dasar dan matlamat yang jelas (Islam).

“PAN tidak harus fikir atau mencampuri urusan PAS sebab parti itu sudah tidak ada kena-mengena lagi dengan PAS,” tegasnya kepada ini.

Menurutnya, dasar perjuangan PAS berusaha hendak menegakkan Islam mengikut saluran demokrasi di negara ini.

Katanya, kejayaan PAS bersama Badan Bukan Kerajaan  (NGO) menganjurkan Himpunan Rang Undang-Undang Akta 355 (HRUU355) di Kuala Lumpur itu bukti kehebatan parti tersebut.

“Itu (H355) kekuatan PAS hingga berjaya kumpul ramai orang menyokong himpunan RUU lebih 150,000 rakyat turun di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada 18 Februari lalu,” jelasnya yang juga Pengerusi DHPP Terengganu.


Sebelum itu, Timbalan Presiden PAS, Salahuddin Ayob telah mengeluarkan kenyataannya bahawa PAS akan berpecah lagi ekoran Politik Matang dan Sejahtera.

Ulasan