Rayuan Derma Untuk Adik Muhammad



Oleh : Shahril Aswad

HULU TERENGGANU - Skuad Cakna Masyarakat Hulu Terengganu (SCM) hari ini melancarkan sumbangan derma kilat untuk bagi membantu adik Muhammad bin Abdullah .

Pengerusi SCM Mohd Safari bin Abu berkata, beliau adalah seorang pelajar Kolej Darul Quran Islamiyyah (KUDQI) Manir terlibat dalam satu kemalangan pada petang Rabu.

Berikutan kejadian itu, katanya, kereta Kancil Muhammad rosak, memerlukan kos yang agak tinggi untuk dibaik pulih.

"Muhammad tidak mempunyai bapa hanya bergantung harap dari ibunya yang berniaga kedai runcit kecil-kecilan, tambahan lagi Muhammad adalah seorang 'insan istimewa',

"Dengan pendapatan sebagai peniaga kecilan sudah pasti terbeban untuk mendapatkan sumber kewangan yang agak besar dalam waktu singkat untuk membaiki kereta tersebut,"ujar Safari dalam satu kenyataan, pada Khamis 16 Februari.

Beliau berkata, kereta itu amat penting baginya untuk berulang alik ke tempat pengajian dan menjadi kenaikan Muhammad bagi menyampaikan kuliah disurau-surau sekitar Hulu Terengganu.

Mohd Safari yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Tindakan DUN Telemong berkata lagi, pihaknya amat berharap dengan sumbangan yang diberi sedikit sebanyak dapat membantu Muhammad.

"Semoga sumbangan ikhlas yang diberikan dibalas dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda dan dimurahkan rezeki," Tambah beliau.

Selain itu, kata Safari, mereka yang ingin menyumbang juga berhubung terus dengan wakil SCM, Haji Zamri ditalian 0199515551 dan Ustaz Faizul, 0145443417.

Oleh itu, katanya, sumbangan kewangan boleh dibuat oleh orang ramai dengan mengubungi beliau di 0199923555.

Ulasan