Tetap Istiqamah Walaupun Sakit

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

BESUT - Walaupun menghadapi masalah kesihatan yang teruk, namun beliau sentiasa mengambil berat tentang PAS.

Ariffin Abdul Rahman, 63, yang menghidapi penyakit saraf, adalah bekas Ahli Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) semasa PAS memerintah Terengganu tahun 1999.



Penolong Setiusaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Ustaz Zakaria Dagang berkata Ariffin sentiasa bertanya khabar tentang perkembangan PAS.

"beliau ni aktivis PAS, pemimpin dan pernah jadi JSR masa PAS perintah......dia sakit, tapi tak tak pernah lupa tanya berita tentang pekembangan PAS,

"Ariffin sentiasa bertanyakan tentang perkembangan PAS kepada kawan-kawan yang datang menziarahi beliau", jelasnya.

Ustaz Zakaria berkata demikian ketika menziarahi Arifin di rumahnya, di Kampung Alor Lintang, dekat sini semalam.

Menurutnya, lawatan tersebut adalah sebahagian daipada aktiviti program HARAP PGU 3.5.

"Lawatan ini adalah bagi menziarahi veteran PAS dan orang sakit dan kedatangan rombongan kami disambut penuh kegembiraan oleh mereka,

"Sebanyak 12 kumpulan dibahagikan mengikut Unit Peti Undi dan setiap kumpulan melibatkan lima buah rumah", jelas beliau.

Katanya, penduduk terbabit sangat berbesar hati dan menghargai kecaknaan yang ditunjukkan pemimpin PAS negeri Terengganu,

Beliau menyifatkan, ziarah yang dilakukan, meninggalkan kesan yang mendalam kepada para pemimpin dalam menyelami perasaan rakyat di bawah.

"Turut diziarahi ialah seorang veteran PAS, Ustaz Abdullah Mohammad, 94. Beliau pernah dua kali bertanding atas tiket PAS di dun Kota Putera pada pilihanraya umum kali ke enam dan tujuh", tambah beliau.

Rombongan trersebut juga singgah dii rumah arwah Ismail Deraman, yang lebih dikenali dikalangan penduduk setempat dengan panggilan 'Pok Wei Anak Ramai' kerana beliau mempunyai 19 orang anak hasil perkongsian hidup dengan isterinya, Khadijah Ali.

"Ismail seorang yang kuat pendirian dan penyokong PAS tegar. Lawatan kami ke rumahnya disambut kibaran bendera PAS kecil dan besar yang dipacak didepan rumah serta ditampal didinding rumah,"jelas Ustaz Zakaria

Turut diziarahi Aminah Mat Husin yang diserang penyakit angin ahmar. Beliau menderita penyakit tersebut selama 23 tahun.

Hadir sama dalam lawatan tersebut Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Yahya Ali.

Ulasan