Bila Guru Kencing Berdiri, Anak Murid Kencing Berlari???

Oleh : Azizah Mahmood
Kenapa di sebut guru dalam perumpamaan ini? Ia adalah kerana keramatnya seorang insan bernama guru, yang disifatkan mempunyai ‘kuasa’ mengubah seseorang individu itu.

Guru juga sering diberi dikatakan ‘umpama lilin’ membakar diri menerangi yang lain, kerana pengorbanan dan dedikasi mereka, mendidik anak bangsa.
Apa sahaja yang di buat oleh seorang guru, maka ia akan menjadi ikutan.
Hari ini guru terus sekali terpaksa ‘membakar diri’ demi sehelai kertas untuk digunakan oleh anak-anak muridnya.
Dalam keadaan kerajaan pusat yang melaporkan, pertumbuhan ekonomi terus positif dan kerajaan negeri Terengganu masih mengekalkan bajet dalam angka ‘bilion, para gunu diminta membelanjakan duit poket masing-masing untuk membeli kertas!
Memang benar……apalah salahnya cikgu gunaka duit gaji sendiri untuk membeli kertas dalam melancarkan proses pembelajaran, dan inilah masanya para guru membantu negara!
Sedang pemimpin, terus membelanjakan kekayaan negara???
Ia bukan fitnah, kerana ia di akui oleh seorang penyelaras DUN Umno dalam kawasan Kuala Terengganu semasa merasmikan mesyuarat agung PIBG sebuah sekolah di sini.
"ada sekolah minta duit dengan saya untuk beli kertas A4, katanya tiada peruntukkan seperti dulu semua perlu sekolah sediakan," kata-kata beliau yang tidak perlu dinyatakan nama sebernarnya.
Bagaimana sebuah institusi seperti sekolah di kecualikan menerima peruntukkan yang sangat penting sedangkan ‘pembelajaran dan kertas berpisah tiada’ bagai irama dan lagu, tiada kertas tiadalah soalan.
Apakah pihak kementerian pendidikan dan kerajaan negeri Terengganu sedar akan kekurangan ini yang boleh menjejaskan ‘kesuburan prestasi pelajaran murid’ bilamana tiada kertas untuk soalan dan tidak mustahil soalan yang dua muka surat menjadi satu mukasurat sahaja.
Selain itu, perbuatan mengutip derma atau meminta sumbangan daripada para guru bukannya tidak baik, bahkan ia terpiji sekiranya ia dikutip untuk membantu pelajar yang dhaif, kebakijak para guru sendiri dan keperluan yang tidak menjadi tanggungjawab kerajaan.
Tetapi sekiranya, bagi menyediakan kertas, membeli peralatan sekolah dan lain-lain yang memang ‘asasinya’ adalah tanggungjawab pemerintah, menjadikan kerajaan itu kurang bertanggungjawab.
Apatah lagi umpamanya di Terengganu ini, projek-projek mewah yang kurang memberikan mafaat seperti ‘Pulau Bebas Cukai’ masih diteruskan.
Renungkanlah wahai pihak berwajib jangan di bebani insan bernama guru.
Terengganu cemerlang pendidikannya kerana usaha guru-guru ini tanpa mengira penat lelah demi mencapai visi dan misi pendidikan.

Ulasan