Kilang Memproses Ayam Daging TD Poultry Tutup?

Oleh : Suhaimi Taib

KUALA TERENGGANU - Benarkah kilang memproses ayam TD Poultry Sdn. Bhd. (TD Poultry) di kawasan Perindustrian Chendering Kuala Terengganu sudah tutup?

Setiap kali penulis lalu di hadapan kilang tersebut, pintu kilang tertutup rapat, tidak ada kelibat kakitangan berada di situ.



Penulis beberapa kali cuba menghubungi pejabat kilang berkenaan tetapi tiada sebarang jawapan diterima.

Penulis ketika menghubungi seorang kakitangan pejabat TDM Berhad di Kuala Terengganu sebagai  syarikat induk asalnya, menjelaskan kilang berkenaan telah ditutup kira-kira setahun lalu.

Kakitangan yang  dihubungi penulis yang enggan dikenali menjelaskan syarikat pemprosesan ayam daging sudah lama tidak ada hubungan dengan TDM Berhad difahamkan mulai tahun 2012 lagi.

Dikatakan operasi kilang berkenaan mengalami kerugian dan ia terpaksa ditutup. Berita sebab kerugian kilang berkenaan telah disiarkan dalam BO enam tahun lalu.

TD Poultry adalah sebuah syarikat yang terlibat dalam industeri penternakan dan pemprosesan ayam.

Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1995 dan berpusat di Kuala Terengganu. Difahamkan sehingga 20 Februari tahun 2012, TD Poultry beroperasi sebagai syarikat bersendirian terpisah dari syarikat induknya TDM Berhad.

Ulasan