PAS Setiu Sambut Baik Lima Tawaran Awal PAS

SETIU - PAS Kawasan Setiu menyambut baik lima manifesto awal PAS Negeri untuk di berikan kepada rakyat sekiranya diberi mandat untuk memerintah negeri pada PRU 14 yang semakin hampir.

Yang Di Pertuanya, Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir berkata kesemua lima tawaran manifesto awal itu menunjukkan bahawa PAS bersama merasai kehidupan rakyat yang semakin terdesak.

SETIU - PAS Kawasan Setiu menyambut baik lima manifesto awal PAS Negeri untuk di berikan kepada rakyat sekiranya diberi mandat untuk memerintah negeri pada PRU 14 yang semakin hampir.

Yang Di Pertuanya, Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir berkata kesemua lima tawaran manifesto awal itu menunjukkan bahawa PAS bersama merasai kehidupan rakyat yang semakin terdesak.

"caj wad kelas ketiga secara percuma di hospital Kerajaan adalah bukti kita (PAS) sentiasa dekat dengan rakyat bawahan yang kebanyakkannya terdiri dari golongan yang dhaif.

“Di Setiu, majoriti rakyat adalah penoreh, nelayan, petani. Nilai RM 3.00 satu hari amat bernilai bagi mereka yang kebanyakkannya di Setiu ini adalah golongan terbabait (kelas ketiga)," ujar Ustaz Shaari ketika di hubungi.

Menurutnya lagi, tawaran membuka permohonan geran kekal dan memastikan rakyat Terengganu yang berumur 21 tahun ke atas memiliki satu lot tanah atau satu unit rumah kediaman adalah satu langkah bijak dalam membantu rakyat.

Katanya, ia merupakan keperluan asas bagi rakyat yang sedang menghadapi kos sara hidup yang tinggi.

"manifesto ini (memberi geran kekal) menyambung apa yang Kerajaan PAS putuskan pada tahun 99 yang dinafikan oleh BN bila memerintah pada 2004,

“dengan pemberian ini dan lot kediaman mereka yang menerimanya boleh merancang untuk membina rumah sendiri berdasarkan kemampuan yang ada selain daripada terpaksa berdepan dengan harga barang keperluan lain yang semakin tinggi." tegasnya yang turut mengakui ke semua lima tawaran manifesto itu menguntungkan rakyat dari semua golongan.

Sementara itu,Timbalan Exco Kebajikan Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ustaz Shafizi Ismail turut menyatakan pandangan yang sama apabila mengulas manifesto yang mesra anak muda.

"peruntukan Rm 300 kepada pemuda dan pemudi untuk lesen motosikal,lot kediaman bagi yang berumur 21 tahun ke atas ternyata membantu golongan muda yang baru hendak memulakan kehidupan,

“Karnival kahwin kali pertama seperti yang di umumkan amat realistik  kerana dapat menyelesaikan masaalah sosial anak muda kerana kos perkahwinan yang tinggi sekarang ini amat membebankan." Katanya.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Setiu itu berharap agar golongan muda menjadi aset penting dalam memberikan kemenangan pada PAS di PRU 14 nanti.

Ulasan