Rasuah: Kit Siang Perlu Desak Guan Eng Bercuti

Gejala rasuah kelihatan semakin menjadi barah dalam negara mutakhir ini. Pemimpin politik yang menjadi dalang utama gejala rasuah ini merupakan punca utama barah ini sentiasa merebak di dalam masyarakat khususnya dalam kalangan kakitangan awam. Penyakit ini tidak dapat tidak mesti dihentikan serta merta jika kita ingin melihat ekonomi negara pulih dan rakyat hidup dalam keadaan makmur. . Namun ahli politik adalah kuncinya, bersih ahli politik, negara akan mencapai sifar rasuah.



Penahanan demi penahanan didedahkan namun kesan penahanan dilihat tidak begitu efektif dan gejala rasuah ini semakin berleluasa. Punca utamanya adalah campur tangan politik. Islam menentang keras perbuatan rasuah ini. Dalam Al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perbuatan jenayah lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu.

وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالْإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

"Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)."
Surah Al-Baqarah: 188

Suasana politik wang ini semasa semakin rancak dengan penahanan anak Exco Kerajaan Negeri Johor bersama lima lelaki yang lain dikatakan telah terlibat dengan rasuah dan penyelewengan hartanah di Johor apabila terbabit dalam penukaran status rumah-rumah Bumiputera kepada Bukan Bumiputera. Ironinya, seorang ayah kepada Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga terpalit dengan tuduhan skandal rasuah lantang mengkritik skandal rasuah ini.

Mengapa Kit Siang bersuara dalam isu ini dan berdiam diri dalam isu Guan Eng? Jika dilihat UMNO juga amat lantang mengkritik DAP ketika penahanan skandal rasuah Guan Eng dan beberapa isu rasuah DAP yang lain satu ketika dahulu. Adakah UMNO tidak sedar siapa 'bapa' kepada gejala rasuah ini sehingga menjadi barah yang sukar untuk diubati di negara ini?

Kes yang sama apabila DAP yang juga mempunyai beberapa kes rasuah tetapi seolah-olah melupakan kejadian rasuah yang pernah berlaku di dalam parti mereka,

http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/bapa-wakil-rakyat-dap-ditahan-sprm-kes-rasuah-untuk-rumah

http://www.straitstimes.com/asia/se-asia/lim-guan-eng-charged-with-corruption

Ianya lebih menarik apabila bekas Naib Presiden DAP, Tunku Aziz yang pernah mendakwa gejala rasuah yang berlaku di dalam DAP telah berleluasa dan sehingga hari ini ianya tidak dapat dinafikan oleh pimpinan DAP sendiri,

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32862.

PAS juga merupakan parti politik dan mempunyai pimpinan politik yang bertaraf Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri. Namun PAS sentiasa membuka ruang seluas-luasnya kepada SPRM khususnya bagi memastikan gejala rasuah ini ditangani dengan serius. Sebagai contoh isu pembalakan haram di Kelantan yang sering digembar gemburkan, PAS telah membuka ruang kepada pihak SPRM untuk menyiasat kes tersebut dengan menubuhkan jawatankuasa dan meminta SPRM menangkap sesisapa sahaja yang terlibat,

http://www.sprm.gov.my/index.php/arkib-kenyataan-media/502-sprm-sambut-baik-langkah-kerajaan-negeri-kelantan-tubuh-jawatankuasa-tangani-kes-kecurian-balak?templateStyle=22

Tidak cukup dengan itu, Kerajaan Negeri Kelantan telah menandatangani perjanjian bersama SPRM bagi membanteras sehabis-habisnya gejala rasuah di negeri tersebut,

http://www.sprm.gov.my/index.php/arkib-kenyataan-media/1472-pmbk-tandatangan-cip-zahir-komitmen-perangi-rasuah-bersama-sprm
 
PAS berpegang kepada prinsip Islam, jika ada mana-mana ahli PAS yang terlibat dengan rasuah maka PAS akan memastikan individu tersebut dibicarakan dan dibawa ke muka pengadilan. Inilah yang diajar di dalam Islam. Setiap yang bersalah mesti dihukum walaupun orang tersebut mempunyai talian darah dan hubungan yang akrab dengan kita.

Pemuda PAS Wilayah Persekutuan ingin menasihati semua pihak agar benar benar memerangi rasuah dan bukan hanya menjadikan ia sebagai modal politik menyerang parti lawan. Lantang bersuara membanteras rasuah itu bagus, namun lebih bagus jika yang lantang itu juga membanteras rasuah khususnya yang berlaku di dalam parti sendiri. Jangan jadi seperti 'Kuman di seberang lautan kelihatan, gajah di pelupuk mata tiada kelihatan'.

'Inilah Penyelesaian Kita'

Nurul Islam Mohamed Yusoff
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Ulasan