Ayuh Muslimat Bangkit! Sahut Semboyan ‘Perang’

Oleh : Noreni Abu Bakar

DUNGUN - Semboyan ‘perang’ pilihanraya umum kali ke-14 (PRU14) akan ditiup pada bila-bila masa sahaja, justeru itu muslimat harus bangkit dan ‘bingkas’ segera menyahut cabaran.

Oleh itu, Ketua Muslimat PAS Dungun, Hajah Khairiah Mokhti menyeru semua petugas ‘sayap kiri’ PAS itu, beramai-ramai menghadiri Himpunan Harapan Semua, PAS Ganti Umno (HARAP-PGU 3.7).

“Saya menyeru semua khususnya muslimat kawasan Dungun yang ada 41 cawangan tidak melepaskan peluang untuk hadir, paling kurang 10 orang muslimat satu cawangan,” ujar beliau ketika dihubungi.

Beliau berkata, HARAP 3.7 yang merupakan himpunan terakhir sebelum PRU14, akan meingkat dan mengekalkan semangat juang serta motivasi kepada semua petugas.

“sambil merapatkan ukhuwah agar berjalan seiring dan sekata……serta melaksanakan arahan-arahan pimpinan dengan baik tanpa ragu dan curiga.,

“Kerana walak kepada pimpinanlah yang menjadikan PAS utuh sampai ke hari ini, walaupun ada ‘badai melanda’ tetapi tidak mampu meruntuhkan jamaah kerana ahli PAS faham tentang tanggung jawab dan peranan masing-masing,” tegas beliau.

Justeru kata beliau, kerja-kerja pilihan raya amatlah mencabar dan perlu dilaksanakan secara tersusun dan berorganisasi bukan secara individu.

Sehubungan itu Timbalannya, Hajah Rugayah Mahmood mengharapkan ‘komitmen’ dan inisiatif ahli untuk hadir seramai mungkin.

“Kalau kita betul-betul jemaah PAS apa-apa program yang pimpinan anjur hndaklah kita sertai,jika tiada halangan dan keuzuran,

“jom pakat gi ramai-ramai untuk menjayakannya, jangan pakat tengok poster saja, ini mungkin program HARAP yang tersakhir sebelum menjelangnya PRU 14,” ujar beliau yang juga Ketua Muslimat PAS DUN Rantau Abang.

Manakala Naib Ketua Muslimat Dungun, Puan Serena Lim mengajak seluruh warga Dungun, tanpa mengira latar gelakang politik dan agama, berkumpul di HARAP-PGU 3.7.

Katanya, ia sebagai satu ‘signal’ kesatuan rakyat pada perjuangan Islam yang kita sayang dan cintai.

“Mereka (musuh PAS) tidak jemu-jemu mencabar dan menghentam…… tidak kira dari kiri atau kanan, depan belakang, malah siang atau malam, dengan pilihanraya 'just round the corner',

“kemaskan jentera kita untuk menghadapi musuh-musuh kita,” jelas beliau.

Tambah Serena lagi, PAS Negeri Terengganu telah melangkah jauh dan semakin matang serta kukuh dengan berjaya menganjurkan HARAP 3.0 dan sekarang kali ketujuh, HARAP 3.7 yang akan berlangsung pada 27 hingga 29 Julai ini, di Kampung Pengkalan Atap, Batu Rakit.

Ulasan