Fahami Isu Perumahan Felda Sebelum Percaya Janji Terbaharu Perdana Menteri

Ketika tempoh penggal pemerintahan kerajaan Barisan Nasional sudah hampir di penghujungnya sesi ini, sudah tentu Felda akan menjadi tumpuan utama Kerajaan. Insentif dan janji-janji menarik sudah tentunya  akan dilemparkan kepada warga peneroka Felda agar mereka terus kekal menjadi pengundi setia Barisan Nasional PRU-14 nanti.

Sebelum PRU-13 Kerajaan melemparkan janji manis akan menyediakan 20,000 unit PGBF dalam tempoh 5 tahun dengan peruntukan besar RM1.4 bilion. Maka janji ini memberi kesan pola undi kawasan Felda di 54 Parlimen. Hanya 6 kerusi parlimen sahaja terlepas ke parti pembangkang.

Semasa PRK Rompin kerajaan terpaksa menambah nilai janji ini dengan mengurangkan harga rumah ini dari RM120 ribu kepada hanya RM90 ribu sahaja. Selepas melihat pengundi muda Felda cuba membuat perubahan dan isyarat mereka bertukar angin kepada PAS, kerajaan terus memperbaiki tawaran harga kepada RM70 ribu seunit semasa sambutan Hari peneroka peringkat kebangsaan di Terengganu pada tahun 2015.

Namun isu PGBF semakin rumit dan kabur. Penyelesaian rumah generasi kedua yang masih menjadi misteri untuk disiapkan. Sebagai contoh penulis menyenaraikan projek bukti projek ini bermasalah. PGBF di Felda Neram 1 sehingga pertengahan tahun 2017 masih gagal diagihkan walaupun hampir 100 peratus siap setelah 7 tahun pembinaannya berjalan.(asal PWF semasa zaman Tan Sri Yusuf Noor )  300 PGBF di Felda Kertih 5, masih diperingkat pembinaan dan tergendala beberapa kali. PGBF di Felda Bukit Bading yang hanya tinggal papan tanda setelah dilancarkan oleh bekas Meteri Besar Terengganu.

Projek sentuhan kasih di Felda Tenang Besut dimana Exco kerajaan Terengganu mengaku projek ini hanya tinggal papan tanda sahaja dan banyak lagi di Terengganu. Felda telah mengeluarkan tawaran penjualan PGBF di Felda Chalok Barat untuk sekian kali tahun ini walaupun tiada kelibat rumah yang ditawarkan itu. Cuba tanya anak peneroka Felda Chalok jika was-was dan ragu tentang kenyataan saya ini.

Projek perumahan untuk Generasi kedua di Felda Bukit Tajau, Maran Pahang bernilai RM10.5 juta sebagai contoh. Saya turun meninjau sendiri dua hari sebelum saambutan Hari Peneroka 2016. Projek ini dibiar tenggelam dalam semak samun.

Masalah yang sama banyak lagi berlaku di Pahang seperti satu laporan dari Akbar Felda Aspirasi Glokal    keluaran 30 Ogos 2015 menyatakan di Pahang sahaja terdapat 7 projek PGBF yang dikotegerikan 'sakit'. Selain Felda Bukit Tajau , Felda Bukit Sagu, Felda Kampung Awah, Felda Sungai Rentang, Felda Jengka 12, Felda Jengka 6 dan Felda Chini 3. Pihak Felda mengaku terpaksa membuat pinjaman RM300juta dari Bank Pembangunan untuk menyiapakan segera projek ini. Sehingga hari ini ( 24hb September 2016) tiada nampak kelibat bayangan projek ini akan disiapkan.

Walaupun pengerusi Felda mengulangi janji pada Ogos lalu, Felda akan menyiapkan 8400 unit PGBF yang sedang dalam pembinaan pada 2017 akan siap sepenuhnya dan baki hampir 11,600 lagi pada 2018 setelah mendapat pembiayaan bank menjadi satu lagi  tanda tanya anak-anak generasi Felda.

Kenapa perlu tunggu pembiayaan bank, sedangkan Perdana Menteri pada tahun 2012 telah mengumumkan peruntukan RM1.4 bilion untuk membina 20,000 unit rumah generasi kedua dalam tempuh 5 tahun. Jika dilihat dari keadaan semasa projek PGBF yang sedang mengalami masalah terbengkalai tidak memungkinkan janji ini ditepati dan akan menjadi bahan tawar menawar politik sempit kerajaan yang memerintah.

Merujuk perkembangan Projek Perumahan Generasi Baharu Felda ( PGBF ), bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd  Isa Samad dalam satu siaran disiarkan oleh akbar Sinar ruangan SOROT, mengesahkan Felda sudah mengeluarkan perbelanjaan RM400 juta hingga RM600 juta untuk pembangunan rumah fasa pertama 8,470 unit, selebihnya untuk pembinaan fasa seterusnya sebanyak 11,630 unit lagi memerlukan pinjaman daripada bank.

Ketua Jabatan Dokumen dan Kontrak PGBF, Mazlan Abdul Karim juga mengesahkan Felda sedang berusaha menyelesaikan pembinaan ini sepertimana dijanjikan akan siap sepenuhnya 20,000 unit pada 2018 dengan suntikan kewangan dari pihak organisasi luar. ( Sinar 30 Ogos 2016)
Sebelum ini banyak kenyataan -kenyataan  Felda menyatakan memperuntukan RM1.4 bilion untuk membina 20,000 unit PGBF bermula 2013 dan akan siap 2018.

Jika merujuk kepada kenyataan bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd  Isa Samad, sehingga 2016 hanya 8470 unit sudah dalam proses pembinaan dengan Kos telah dibelanja RM600 juta , maka memberi kefahaman kepada kita, baki peruntukan daripada RM1.4 bilion ini ialah RM800juta.

Jadi kemana baki peruntukan RM800 juta ini sehinggakan pihak Felda perlu mendapatkan dana baharu?

Satu lagi suntikan dana pinjaman sejumlah RM300juta diperoleh daripada Bank Perdagangan bertujuan memulihkan projek PGBF yang sakit diseluruh negara terumanya di Pahang (4000 unit)
Kenyataan ini dikeluarkan oleh Ahli Lembaga Pengarah Felda, Datuk Abu Bakar Harun dalam satu siaran Majalah Felda Aspirasi Glokal 30 Ogos 2015.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda Pahang, menyatakan di Pahang 4000 buah telah dilaksanakan oleh kontraktor terpilih, tetapi ada yang telah pun siap dibina sepenuhnya, ada yang masih di tahap 50 peratus pelaksanaan serta ada juga terbengkalai di peringkat awal lagi.

" Antara projek PGBF yang terbengkalai ialah di Felda Bukit Sagu Kuantan, Felda Sungai Retang, Felda Jengka 12, Felda Jengka 6, Felda Bukit Tajau, Felda Kg. Awah dan Felda Chini 3, Pekan." katanya.

Berdasarkan beberapa kenyataan, maklumat serta pemerhatian yang kami lakukan,  tidak ada laporan terperincil mengenai agihan peruntukan  membaik pulih projek sakit ini. Beberapa tempat yang sebut di atas masih lagi tidak berubah terutamanya di Felda Bukit Tajau dan Felda Chini .

Jika peruntukan daripada RM1.4 bilion, telah digunakan hanya RM600juta, ini memberi perkiraan jumlah peruntukan ini berbaki RM800 juta dan ditambah dengan pinjaman tambahan membaik pulih projek sakit RM300 juta, keseluruhan nilai kewangan projek ini ialah RM1.7 bilion.

Jika betul RM600juta telah digunakan, ini bermakna RM1.1 bilion lagi masih berbaki. Persolannya kenapa perlukan dana baharu? Kemana baki peruntukan ini? Pertanyaan ini sudah sayankemukaan dalam beberapa sidang media sebelum ini, numun sehingga hari ini pihak Felda membisu tentang pertanyaan kehilangan peruntukan ini.

Kebimbangan kehilangan peruntukan PGBF kian terjawab dengan sendirinya PGBF ini tidak diberi penekanan kursus sebaliknya kerajaan mula mengalih atau merubah kaedah menjalinkan kerjasama dengan agensi lain untuk pembinaan rumah generasi kedua Felda selain tawaran melukuskan pembinaan rumah kedua di lot rumah peneroka tanpa perincian jelas.

Kesimpulanya, PGBF yang dijanjikan sebelum PRU-13 gagal dilunaskan. Yang sudah dibina gagal disiapkan. Yang sudah siap pula gagal diagihkan. Mungkin kerajaan menunggu semasa kehangatan kempen PRU-14 untuk diserahkan kepada anak peneroka mendiami rumah setelah penantian bertahun-tahun dan kerajaan mampu terus menggunakan projek ini sebagai umpan untuk dua kali pilihanraya.

Apakah kali ini anak-anak generasi Felda akan terus menjadi mangsa permainan politik  Umno dan Barisan Nasional?

NARAZA MUDA
Pegawai Khas Seranta Felda Badan Perhubungan PAS Terengganu.
26 Julai 2016

Ulasan