SETIU - Para petugas masih bertungkus lumus untuk menjadikan
HARAP 3.7 yang terakhir ini berlansung sepertima yang dirancang.
Setiausaha Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Batu Rakit Dzakaria Salleh berkata, persiapan semakin rancak sebelum tirai pembukaan program yang akan berlangsung malam ini.
“Para petugas memberikan tumpuan kepada kemasan akhir pentas utama, memasang hiasan dan kerja-kerja bekalan elektrik,

“petugas muslimat terutamanya dikalangan guru PASTI melakukan persiapan akhir di premis bagi pertandingan Alam Ria Negeri yang turut akan menyerikan HARAP 3.7 ini,” ujarnya ketika ditemui di tapak HARAP 3.7 pada petang Rabu, 26 Julai.
Sementara itu, kata beliau, para petugas muslimin khususnya Unit Amal masih terus melakukan kerja-kerja penambahbaikkan pasarana seperti tandas, sumber air, tempat letak kereta dan seumpamanya bagi memberi keselesaan pada puluhan ribu pengunjumg yang di jangka akan hadir.
“Turut tidak ketinggalan para peniaga sudah mula hadir bagi memeriahkan lagi program penutup Harapan Semua yang terakhir ini,” katanya.
Beliau berkata, Program HARAP 3.7 ini akan melabuhkan tirainya pada Sabtu malam dengan perisytiharan lima lagi manifesto awal PAS Terengganu kepada rakyat, menjelang PRU ke 14 yang semakin hampir.
Ulasan