SETIU - Pelampau Yahudi dan tentera Israel mengambil
kesempatan di atas kecelaruan negara-negara umat Islam di Asia Barat serta
krisis terkini antara Arab Saudi dengan Qatar.
Justeru, kata Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Husain
Awang tindakan pihak Israel menutup Masjid Al-Aqsa adalah sesuatu yang
memalukan maruah umat Islam.
Menurutnya, inilah kali pertama penutupan Masjid
Al-Aqsa sejak tahun 1969 serta larangan kepada penduduk menunaikan solat
Jumaat.
“Al-Aqsa (masjid) ini mengikut maklumat terkini memang
dikawal oleh pihak tentera Yahudi. Ini suatu yang amat memalukan umat Islam dan
menyedihkan.
“Sepatutnya, para ulama’ mengambil iktibar dengan apa
yang sedang berlaku (di Palestin). Seolah-olah, pihak Yahudi mengambil
kesempatan daripada suasana politik negara umat Islam yang sedang bercanggah,
berkelahi dan berperang antara satu sama lain.
“Krisis terkini antara Arab Saudi dengan Qatar. Negara
Mesir sudah jadi ‘lumpuh’, Iraq sudah menjadi hancur. Syria sudah hancur, Yaman
sudah hancur dan sekarang berlaku pula di tempat yang dikatakan pengkalan
ekonomi umat Islam dunia.
“Tiba-tiba berlaku demikian dan inilah kesempatan yang
dilakukan oleh Yahudi. Maka, ini yang amat memalukan,” jelasnya kepada Harakah
ketika meninjau lokasi Himpunan Harapan Semua-PAS Ganti Umno (PGU) 3.7 di
Kampung Pengkalan Atap, Batu Rakit, Setiu.
Katanya, tahun ini genap 100 tahun Baitul Maqdis
dijajah oleh Yahudi yang telah membunuh ribuan umat Islam di Palestin.Sehubungan itu, PAS akan mengadakan mengadakan Himpunan Aman pada di seluruh negeri selepas solat Jumaat hari ini 28 Julai.
Demonstrasi membantah kekejaman rejim Israel itu akan diadakan dibeberapa masjid terpilih antaranya masjid Rhu Muda, masjid At-Taqwa Batu Enam dan masjid dan masjid Al-Furqan Cendering
Orang ramai diseru menyatakan solidariti bersama saudara-saudara warga Palestin yang berterusan dizalimi oleh pemerintah haram Israel.
Ulasan