Jom Hadir Beramai-ramai Program Perantau Johor

Oleh : MNA

KUALA TERENGGANU - Persatuan Anak Terengganu Di Perantauan (Perantau) negeri Johor menyeru semua anak-anak Terengganu di negeri itu, hadir beramai-ramai pada porgram jamuan muhibbah dan dialog santai dengan pimpinan PAS.



Menurut Pengerusi Perantau JDT, Encik Zulkifli Ibrahim, program yang dirancang itu akan berlangsung di Surau Istiqamah, Jalan Bacang 13, Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor, pada hari Sabtu, 29 Julai ini.

Tambah Zulkifli lagi, program ini juga antara lain ialah untuk mencari ahli-ahli baru Perantau selain daripada memberikan penerangan kepada rakyat Terengganu berkenaan situasi politik semasa Terengganu.

Program dailog itu menampilkan Ketua Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi sebagi tetamu, bertujuan membuka ruang terutama kepada orang muda untuk bertanya sendiri kepada Ketua DPPM.

“Saya mewakili Perantau JDT menjemput semua perantau yang  bekerja atau tinggal bersama keluarga tak kira samada bujang, beristeri atau bersuami yang berasal dari Terengganu untuk hadir.

Tidak dilupakan juga seluruh keluarga mereka dijemput hadir termasuklah juga  para pelajar IPTA atau IPTS yang ada di Johor,” terang beliau yang juga dikenali dengan panggilan Pok Zul.

NGO Perantau yang dikenali sebagai sebuah NGO yang mesra PAS itu juga berharap akan dapat membantu PAS untuk merampas kembali tampuk pemerintahan negeri Terengganu dalam PRU nanti.

Untuk keterangan lanjut, mereka yang berminta boleh menghubungi Pengerusi Perantau JDT, Zulkifli Ibrahim di talian 019 7550778.

Ulasan