Laman BO Masih Dalam Penyelenggaraan

KUALA TERENGGANU - Laman sesawang rasmi PAS Terengganu www.buletinonline.net (BO) masih dalam penyelenggaraan ekoran masalah teknikal yang menyebabkan ia tidak boleh diakses.

Pengarah Lujnah Teknologi Maklumat (IT) PAS Terengganu Mohd Iszeham Ali berkata, pihak pengendali ‘pelayan’ (server) sedang berusaha sejak dua hari yang lalu bagi memulihkannya kembali.

“kita sedang beri masa kepada pengendali ‘server’ untuk memperbaiki laman BO yang sukar dilayari sejak beberapa hari yang lalu,

“in shaa Allah, kita harap laman BO dapat diakses sepenuhnya menjelang lewat hari ini, KERANA PROGRAM harap 3.7 akan bermula, kita sedang  berusaha……sedaya upaya,” ujar beliau ketika dihubungi.

Menurutnya, pengedali pelayan (server) memberitahu beliau, terdapat gangguan dalam mengakses lamn BO kerana terdapat kunjungan (hits) yang terlalu tinggi.

Namun begitu, Iszeham berkata, ada kemungkinan BO diserang oleh ‘pihak musuh’ kerana memaparkan  berita dan informasi yang mendedahkan ‘salah urus’ kerajaan Umno dan Barisan Nasional Terengganu.

Justeru itu, buat masa ini, semua berita dan maklumat terkini PAS Terengganu boleh terus dilayari melalui www.buletinonline.blogspot.my


“kita sama-sama berdoa agar pasukan ‘server’ kita dapat mengenalpasti masalah terbabit dan dapat menyelesaikannya serta memulihkan laman BO seperti sedia kala,” tambah Iszeham

Ulasan