Saya mengambil maklum berkenaan satu laporan akhbar mengenai komen atau kritikan oleh MCA Terengganu melalui Pengerusi Perhubunganya Dato’ Toh Chin Yaw terhadap surat terbuka tulisan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkenaan pelawaan Dato’ Seri bagi seluruh rakyat Malaysia menerima pendekatan menggunakan cara Islam dalam menangani jenayah rasuah mahupun jenayah-jenayah lain di Malaysia. Dengan penuh angkuh tetapi bodoh, Toh telah cuba menolak cadangan pendekatan itu dengan memberikan alasan-alasan lemah serta contoh-contoh yang salah.
Mungkin kerana sudah terlalu lama tidur, maka dengan hampirnya PRU14, Toh bangun bagi menunjukkan keberadaannya di arena politik Terengganu, mungkin takut digugurkan dan menjadi calon, dia memilih langkah sumbang, mengkritik Presiden PAS. Lebih menyedihkan orang yang pernah mewakili rakyat di Dun Bandar ini, yang mana rakyat di Dun Bandar terkenal dengan keluasan pemikiran mereka tanpa malu, cuba memperkecilkan kemampuan rakyat menilai isu ini.
Untuk pengetahuan rakyat semua, tidak pernah negara-negara yang Toh sebutkan itu diambil mewakili sebagai negara-negara yang mengamalkan Islam secara menyeluruh. Tidak pernah. Mereka hanya dipanggil negara umat Islam, sama sebagaimana Malaysia ini, bukan negara Islam. Oleh itu kegagalan mereka dalam mentadbir negara, adalah kegagalan mereka sendiri tanpa boleh dunia mengaitkan dengan kegagalan sistem yang Islam anjurkan. Juga mesti diambil kira, jika pemerintah yang korup berkuasa seperti BN yang Toh juga menganggotainya, maka datangkanlah apa-apa juga sistem pemerintahan, nescaya negara itu akan gagal sebagaimana BN di Malaysia kini yang membawa rakyat kepada kemusnahan dengan skandal-skandal para pemimpin mereka.
Seterusnya tanpa menggunakan perasaan segan, Toh terus menyerang Presiden PAS dengan menyatakan bahawa cadangan pindaan yang dibentangkan di Parlimen itu, tidak menghormati hak perlembagaan orang Islam dan bukan Islam di Malaysia. Saya pasti semua rakyat Malaysia tahu di mana sepatutnya kelulusan, pindaan, perbahasan atau apa-apa isu berkenaan perbincangan bagi undang-undang negara, mesti diadakan di Parlimen sebagai memenuhi kehendak perlembagaan. Mungkin hanya Toh tidak tahu di mana ia sepatutnya dibincangkan. Jadi jelas, suatu tragedi bagi orang MCA di Terengganu yang dipimpin oleh Toh kerana mempunyai ketua sebegini.
Tidak terhenti di situ sahaja, Toh menambahkan lagi keyakinan rakyat Terengganu bahawa beliau tidak layak memimpin dengan memberikan satu statistik rekaannya sendiri yang mengatakan cadangan pindaan ini tidak mendapat sokongan orang bukan Islam dan “ramai” orang Islam yang secara senyap membantah usul yang dibawakan oleh Presiden PAS. Rakyat Malaysia secara keseluruhannya faham bahawa cadangan pindaan ini adalah hanya kepada orang Islam, tidak melibatkan orang bukan Islam. Jadi apa signifkannya sokongan bukan Islam dalam hal ini?
Keduanya, bilangan “ramai” orang Islam yang membantah senyap tidak dikeluarkan oleh Toh dan tidak memaklumkan apakah kaedah yang dia gunakan bagi membayangkan maksud “ramai’ itu. Namun Toh gagal membaca bahawa buka sahaja n ahli PAS, malah penyokong kumpulan Islam lain juga menyokong pindaan ini. Terbukti dengan kehadiran ratusan ribu orang Islam di Padang Merbuk ketika himpunan menyokong pindaan ini dijalankan. Yang menentang ialah DAP dan sekutunya yang jelas anti Islam. Adakah MCA bergabung dengan DAP yang anti Islam dalam hal ini? Rakyat Terengganu pasti cerdik membuat kesimpulan.
Oleh itu suka saya mengingatkan pengundi di Dun Bandar agar menjauhi calon BN apatah lagi calon yang baru bangun tidur seperti Toh jika dia dipilih sebagai calon. InsyaAllah dengan ketegasan pimpinan PAS memutuskan kerjasama dengan PKR, maka saya yakin dan percaya, PAS akan bertanding di Dun Bandar dan ianya akan sekali lagi dikuasi oleh PAS dengan calon yang berwibawa yang sedar akan tanggungjawab mereka terhadap rakyat, tidak memperbodohkan rakyat dan mempergunakan rakyat demi politik sempit seperti BN lakukan sekarang. Wallahua’lam.
YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu
2 Zulqaedah 1438 / 26 Julai 2017

Ulasan