Oleh : M. Ariff
BESUT- PAS Kawasan Besut menyifatkan kesediaan ‘orang lama’ PAS bersama-sama dengan arus politik semasa merupakan suatu pembuktian dan komitmen yang sangat padu, yang akan menjana kemenangan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang
Yang Dipertuanya Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata kehadiran ramai para generasi awal, adalah untuk melihat PAS kembali di persada politik tanah air.
BESUT- PAS Kawasan Besut menyifatkan kesediaan ‘orang lama’ PAS bersama-sama dengan arus politik semasa merupakan suatu pembuktian dan komitmen yang sangat padu, yang akan menjana kemenangan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang
Yang Dipertuanya Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata kehadiran ramai para generasi awal, adalah untuk melihat PAS kembali di persada politik tanah air.
"Generasi (ini) yang berdepan dengan lawan secara berdada, meredah kepayahan perjuangan dengan keringat air mata,
“(yang) menelusuri mehnah dan tribulasi dengan suatu keyakinan betapa kemenangan dan masa depan itu adalah milik Islam,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pertemuan Mahabbah 'As Sabiqunal Awwalun' bersama Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Ustaz Husain Awang pada Isnin 24 Julai.
Katanya, program ‘Pertemuan Mahabbah’ yang diadakan di Dewan Haji Salleh Alor Lintah, sangat berjaya.
Justeru kata beliau, formula kejayaan bakal tercipta dengan program itu, melalui kombinasi veteran yang berpengalaman dengan jentera kini yang tersusun.
“Saya membuat semakan akhir di beberapa posisi khususnya di peringkat Majlis Tindakam DUN (MTD) dan Unit Peti Undi (UPU) untuk mendapatkan maklumat,
“Alhamdulillah, kehadiran mereka, sangat memukau, ada yang bertongkat, dipimpin dan menyentuh perasaan……sangat memberi erti,” ujarnya.
Menurutnya, beliau sangat tersentuh apabila melihat mereka yang hadir, rata-ratanya uzur namu tetap bersemangat.
“Ada yang bertongkat……ada yang dipapah, yang terpaksa dipimpin, yang terpaksa berhenti setelah melangkah setiap tiga tapak (sambil) menarik dan menghembuskan nafas kemudian kembali melangkah dengan semangat,
“yang sangat menyentuh perasaan ketika seorang makcik yang dipimpin anaknya berbisik, Ustaz, terima kasih kerana jemput makcik mari……katanya dengan linangan air mata,” kata beliau.
Oleh itu, Ustaz Wan Azhar mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang bersama menjayakan program itu.
“Tahniah kepada Pengarah Program Ustaz Dato' Haji Basri Mohammed dan seluruh Jawatankuasanya serta semua antara kita yang bekerja secara bersungguh-sungguh,
“sehingga kejayaan yang disaksikan malam ini,” tambahnya.
Ulasan