Oleh : Khairul Nizam Abdullah
KUALA NERUS - PAS Seberang Takir sudah bersedia sepenuhnya
untuk berdepan dengan mana-mana calon Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan
raya umum (PRU) ke-14, termasuk Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Razif
Abdul Rahman.
Pengarah Majlis Tindakan DUN tersebut, Ustaz Zakaria Dagang berkata, PAS telah memulakan kerja selepas berakhirnya PRU ke-13 yang lalu dengan mengadakan ‘post mortem’ bagi mengkaji segala kelemahan.
Pengarah Majlis Tindakan DUN tersebut, Ustaz Zakaria Dagang berkata, PAS telah memulakan kerja selepas berakhirnya PRU ke-13 yang lalu dengan mengadakan ‘post mortem’ bagi mengkaji segala kelemahan.
“Gerak kerja berikutnya adalah melengkapkan jentera pilihan
raya di peringkat Dun dan Peti Undi, termasuk tiga peti undi baharu yang
diwujudkan oleh SPR di Dun ini,
“Kita mempunyai tenaga kerja yang mencukupi bagi menghadapi
kerja-kerja pilihan raya nanti, insya Allah,” ujarnya ketika ditemui.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai persiapan
PAS Seberang Takir bagi menghadapi PRU ke-14 nanti.
Menurutnya, persediaan yang
dibuat termasuklah dari segi kewangan bagi menghadapi pilihan raya
melalui dana khas yang diwujudkan.
“Kerja-kerja kempen juga dibuat secara berterusan melalui
ceramah dan majlis-majlis penerangan serta edaran risalah dari semasa ke
semasa,
“Program-program berbentuk kebajikan dan kemasyarakatan juga
menjadi keutamaan kita di peringkat Dun ini dengan menyampaikan sumbangan
secara berkala kepada golongan yang kurang bernasib baik. Begitu juga program
ziarah diadakan secara berjadual,” jelas beliau.
“HARAP kali ini merupakan siri terakhir HARAP - PGU yang
diadakan secara bergilir di semua Kawasan Parlimen di negeri ini,
“Program ini sangat penting dalam meningkatkan semangat dan
daya juang ahli-ahli PAS di semua peringkat, selain mendapat maklumat terkini
perkembangan politik dalam dan luar negara,
“Semoga ia mampu memberi kesan besar kepada kita menjelang
PRU14 yang semakin hampir ini,” katanya.
Ulasan