PAS Terengganu Janji Beri Air Percuma 20 Meter Padu

KUALA TERENGGANU - PAS Terengganu berjanji akan memberi bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah, sekiranya diberi mandat menjadi kerajaan.

Timbalan Pesuruhjaya III PAS Terengganu Haji Yahaya Ali berkata, dari segi perlembagaan persekutuan, urusan berkait dengan air ini adalah di bawah bidang kuasa negeri, yang mana kerajaan Terengganu boleh menguruskan sendiri air dan juga sumber hasilnya.


Jumlah perbelanjaan yang terlibat, kata beliau adalah kira-kira RM1 juta setahun, yang masih dalam kemampuan kerajaan untuk membuat kebajikan kepada rakyat.

“Syarikat Air Terengganu (SATU) menyumbangkan RM 30 Juta setahun kepada Kerajaan Negeri. Apabila kita menjanjikan kepada rakyat untuk memberikan air percuma 20 meter padu itu,

“ia adalah hanya jumlah yang kecil daripada jumlah sumbangan SATU kepada Kerajaan Negeri sebanyak RM30 juta,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual oleh HARAP TV dalam program LIVE Bersama Bersama Mantan Exco Kerajaan Negeri Terengganu, Haji Yahaya Ali mengulas tawaran manifesto awal PRU14.

Katanya, menurut statistik kerajaan, golongan yang berpendapatan rendah dalam negeri sekarang ini adalah seramai 7000 keluarga.

“Jadi kalau keluarga ini menggunakan RM0.42 untuk 20 meter padu pertama, bermakna RM 8.40 dan jika diberikan kepada 7000 keluarga itu setiap tahun mencecah hanya RM700 ribu lebih, tidak sampai sejuta.

“Ia dalam kemampuan kerajaan, jika PAS diberi peluang memerintah,” tegasnya.
Menjawab persoalan soalan, tidakkah ia akan membenakna Syarikat Air Terengganu (SATU) beliau berkata, PAS akan menjadi sebuah kerajaan bertanggungjawab dan terlalu berkira dengan rakyat.

“Walaupun kerajaan terpaksa berbelanja lebih, tetapi kalau ia adalah untuk kepentingan rakyat dari segi membela rakyat miskin, sebenarnya ia tidak menjadi isu.

“SATU diberi tanggungjawab untuk menguruskan perkara berkaitan air dan membekalkan air kepada rakyat. PAS sekiranya diberi peluang memerintah,

“kita tidak kkan terikat kepada angka yang telah ditetapkan kerajaan dari segi golongan miskin dan berpendapatan rendah,” tambah beliau   

Ulasan