Pelobi Saudi Bayar Kempen Burukkan Qatar $ 138,000

Pelobi Arab Saudi di Amerika Syarikat telah melancarkan kempen iklan televisyen terhadap Qatar, dengan membayar $ 138,000 untuk tujuh kali siaran, setiap satu selama 30 saat.

Iklan TV itu telah dibeli oleh Jawatankuasa Hal Ehwal Perhubungan Awam Arab-Amerika (SAPRAC).

Ia mula ditayangkan di NBC-4 Washington DC, pada 23 Julai, menyatakan Qatar menyokong keganasan dan ketidakstabilan sekutu AS di rantau Teluk.


Dakwaan yang sama telah dibuat oleh kumpulan negara-negara Arab yang diterajui Saudi yang telah memutuskan hubungan dengan Qatar pada 5 Jun lalu
Doha  menolak semua dakwaan terhadapnya dan menegaskan, ia ‘tidak berasas’.

Empat daripada iklan akan disiarkan menerusi program berita temubual mingguan dimana pengacaranya, Chuck Todd menemubual ahli politik peringkat tinggi pada pagi Ahad.

Program tersebut mengetuai persembahan pasaran berita dan telah menyaksikan kenaikan dalam penonton sepanjang tahun lalu, menurut laporan.

Untuk empat siaran, berjumlah 120 saat, SAPRAC membayar $ 120,000, atau $ 1,000 per saat.

Tiga  iklan lain disiarkan semasa kejohanan golf Terbuka British pada 23 Julai dengan kos $ 6,000 setiap satu.
Kip Cassino, Naib Presiden Eksekutif Borrell Associates, Kip Cassino berkata SAPRAC mungkin tidak mahu mempengaruhi orang ramai, tetapi sasarannya ialah ‘pembuat keputusan’, memandangkan perkhabaran dibeli untuk iklan.

"Menyiarkan beberapa iklan tidak (akan) banyak pengulangan. Tidak banyak untuk mendapatkan (maklumat) daripadanya," Cassino memberitahu Al Jazeera, sambil menambah  bahawa kajian semasa menunjukkan bahawa pengulangan adalah kunci untuk mempengaruhi penonton.

Pendapat Cassino disokong oleh Richard Lau, seorang profesor sains politik di Universiti Rutgers yang juga pakar dalam kesan media dalam kempen politik dan fahaman politik.

Kata Lau, slot masa dan hakikat bahawa iklan itu hanya disiarkan di Washington DC bermakna ia memilih penonton di kalangan ahli politik.

Ulasan