27 Mac 2018

'Mat Kerak' Akan Hukum Mereka Yang Tidak Mengundi BN

Ketua Umno Kuala Terengganu Mohd Sabri Alwi atau lebih dikenali sebagai 'Mat Kerak' telah mengeluarkan amaran, akan mengambil tindakan kepada pengundi yang tidak menyokong BN pada pilihan raya umum kali ke-14 (PRU14) akan datang.

Dilaporkan dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris, beliau menyifatkan mereka sebagai pengkhianat.

”individu terbabit tidak diambil tindakan pada pilihan raya umum lalu, tiada tindakan diambil, tetapi mereka akan pasti dihukum kali ini,” ujar beliau.  

Pegawai Pembangunan Kuala Terengganu yang ‘dibayar’ oleh kerajaan persekutuan itu berkata, satu unit akan ditubuhkan bagi mengambil tindakan kepada ‘pensabotaj’ tersebut.

Beliau dilaporkan bercakap begitu pada Majlis Perjumpaan JKKK Kampung Ladang.

Dalam Majlis itu 41 buah JKKK yang juga Jawatankuasa Unit Petiun Undi (Daerah Mengundi) telah diberikan wang sebanyak RM5000.00 untuk persiapan menghadapi PRU14.

Beliau menggesa mereka yang tidak menyokong tidak dan mengundi BN dalam PRU14,  keluar dan menginggalkan parti Umno.

”kita tak perlukan mereka dan mereka dipersilakan tinggalkan Umno dan boleh masuk parti pembangkang,” katanya.

Tiada ulasan:

Menjunjung Kasih Titah Agong; Fokus Tangani Covid-19

KUALA TERENGGANU - Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menyokong penuh kenyataan Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, ...