27 Mac 2018

Rakyat Nak Masjid Kerajaan Umno Buat Pusat Pelancongan

BESUT – Selepas empat bangunan Pusat Pemasaran Ikan Air Tawar di bawah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM ) dihapuskan, rakyat berharap tapak tersebut yang terletak di Kampung Darau, dibina sebuah masjid.

Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) PAS Hulu Besut, Cikgu Shalahuddin Jaafar berkata, penduduk menanti-nanti agar sebuah ‘rumah Allah’ dibina d kawasan tersebut kerana masjid lama sudah buruk.



Katanya, kawasan masjid lama juga agak terhad dengan tempat letak kereta yang sedikit, tidak mampu menampung keperluan semasa terutama pada musim perayaan.

“orang kampung sangat berharap supaya dapat bina masjid sebab sini (kerana) kawasannya agak luas untuk parking dan sebagainya 

“tiba-tiba kita dapati keputusan yang dibuat ialah pusat pelancongan….saya pun tak tahu apa bentuk produk pelancongan yang cuba akan dijual,

sebab kita tengok sini hanya ada satu tasik….tasik tempat main perahu bolehlah.tak ada apa (aktiviti lain yang boleh dibuat),“ jelasnya.
 
Beliau berkata demikian ketika ditemui meninjau pembangunan di tapak projek itu pada Isnin 26 Mac, setelah mendapat maklumat dari orang ramai.

Beliau berkata, ketika zaman pemerintahan PAS tahun 1999 sehingga 2004 duhulu, kawasan itu memnag telah dicadangkan sebagai tapak masjid.

Selepas itu menurutya, apabila kerajaan Umno-BN memerintah kembali, telah dibangunkan empat bangunan atas nama projek ‘agro-pelancongan’, yang dilaporkan telah menelah belanja RM1 juta.

Kemudian tambah beliau, empat premis tersebut, pusat pemasaran ikan air tawar, kedai perniagaan, sebuah gelanggang futsal dan sebuah ‘wakaf’ yangdibina dengan kos RM1 juta, ‘telah lesap’ tanpa sebarang kesan dan penjelasan oleh pihak kerajaan.

Oleh itu, beliau bimbang kejadian yang sama akan berulang kerana menurutnya, pembangunan pusat pelancongan yang sedang dibina tidak akan memberikan ‘impak’ yang besar kepada masyarakat sekitar.

“Bagi saya tak nampak faedah untuk orang kampung…setakat jual air gitu boleh,

“Keputusan yang diambil agak pelik dan penduduk hari ini memang bersungut tidak puas hati dengan pelaksanaan projek pelancongan di kawasan ini,” tambah beliau lagi.

Katanya, kawasan lapang ditengah-tengah kampung Darau itu lebih bermanfaat jika disirikan sebuah masjid dan pusat pelancongan lebih sesuai di Lata Tembakah atau pun Paya Peda.
“Sepatutnya pelancongan dibuat dikawasan Paya Peda atau di Lata Tembakah ataupun di La Hot Spring,

“Tetapi kenapa dibuat di Darau yang kita nampak hanya ada satu kawasan tasik kecil sesuai untuk main bot ataupun kayak,” soal beliau.

Tiada ulasan:

Menjunjung Kasih Titah Agong; Fokus Tangani Covid-19

KUALA TERENGGANU - Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menyokong penuh kenyataan Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, ...