Pusatkan Pentadbiran Industri Petroleum Di Terenggganu

Tadi (petang semalam)  ketika program Bicara Darul Iman bersama YABhg Tun Daim Zainuddin, Pengerusi Majlis Penasihat Negara yang membicarakan tajuk Ekonomi Bumiputera:

Agenda Nasional saya sempat beri pandangan bahawa Terengganu sudah terlalu lama menjadi pemerhati dalam industri Petroleum dan tidak aktif penyertaannya dalam perbekalan dan perkhidmatan kepada industri.


Saya memberi fokus keperluan dibangunkan segera industri maritim yang kukuh kerana dimasa hadapan rezab minyak lebih banyak akan diketemu semakin jauh ke tengah laut. Ini memerlukan prasarana maritim yg pelbagai yang besar saiz pasaran dan ekonominya. Industri sebegini tidak mampu dibangun secara insiatif swasta bersendirian. Ia perlu cetusan modal yg besar dari kerajaan melalui projek projek perintis seperti dilakukan di Lumut, Perak atau di Johor.

Dalam respon Tun Daim, beliau bersetuju dengan saya, real ekonomi yang boleh melonjak ekonomi Terengganu adalah perbekalan dan perkhidmatan dalam industri Petroleum.

Malah beliau secara berseloroh menyebut, cara paling mudah adalah Perdana Menteri lantik dari Terenggganu.

Saya setuju cadangan tu. Sebab saya nak cadangkan kepada Perdana Menteri pemusatan semua aktiviti pentadbiran industri Petroleum jangan lagi di Kuala Lumpur. Pusatkan di negeri pengeluar , Terengganu. Urusan tender, mesyuarat utama,exhibition oil n gas yg utama dan besar-besar, 'consultant, suppliers' semua berkampung di Terenggganu.

Ini boleh mengalih bebanan yang besar kesesakan di lembah klang.

Syarikat petroleum 'related' daftar di Terenggganu, bayar 'corporate tax' melalui LHDN Terenggganu.

Selama ini mesyuarat, pentadbiran di KL tapi kutip hasil dari bahan petroleum mentah hingga kerja kerja upstream yang bernilai puluhan billion setahun di perairan Terenggganu begitu juga 'downstream', tapi 'corporate account' semua di KL.

Kemudian masing-masing bersungut “oh , Terengganu sumbang cukai sikit jer ke Persekutuan!”

Haji Ahmad Amzad Hashim
Ahli Parlimen Kuala Terengganu
14 April 2019

Ulasan