Tahfiz Al-Qur'an Bukan Hanya Sekadar Di Pinggiran

Oleh  : Adli Mohamad.

KUALA TERENGGANU - Pada hari ini dilihat pengajian pondok termasuk pusat tahfiz Al-Qur'an bukan hanya sekadar di pinggiran bahkan telah dimartabat dan diperkasakan didalam pendidikan perdana.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, dengan keadaan positif demikian maka ianya perlu kepada usaha yang berterusan.



"InsyaAllah (kita) tidak akan mengenal penat dan lelah untuk terus memartabatkan pendidikan Islam ini.

"(Dengan) adanya persatuan pendidik, adanya himpunan pendidik seperti (hari) ini. (maka) kita akan terus mengabungjalinkan bukan hanya (melibatkan) pendidik, tetapi mereka-mereka yang berperanan menyumbang dengan material kebendaan, (mahupun) buah fikiran sama-sama mengarap kearah matlamat yang satu untuk mengembalikan semula generasi (Islam) yang bermaruah, "ujarnya.

Beliau berkata demikian, ketika berucap pada perasmian penutup pada Program Himpunan Pendidik 6.0, di Stadium Tertutup Negeri (Hadapan Hospital Sultanah Nur Zahirah), pada Sabtu, 13 April.

Menurutnya, Apabila generasi Islam bangkit maka Islam akan kembali memimpin dunia sebagaimana yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW.

"Pernah umat Islam sanggup menunggu hampir 800 tahun untuk melihat kejatuhan kota Konstantinopel, dan kita tetap yakin dengan janji Allah dan juga janji rasul," ujarnya.

Tambahnya, untuk memastikan Islam berada di persada umat Islam terus mestikan terus berusaha dan bekerja dengan gigih melalui peranan ulama dan cendekiawan Islam.

"(Bagi) menyaksikan kegemilangan Islam akan kembali semula sebelum kiamat.

"(Justeru itu) tidak lain dan tidak bukan yang akan berjaya mengangkat dan berjaya mengembalikannya adalah mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan didalam dunia pendidikan, "jelasnya.

Umat Islam jelasnya perlu mempunyai kesedaran bahawa mereka ilmu dan pengetahuan berlandaskan Al-qur'an dan hadis adalah sumber yang terbesar.

Menurutnya, sejarah Telah Menjadi Saksi Perkembangan Ilmu Di Terengganu dan semenjak dahulu sejarah telah menyaksikan Terengganu dan Kelantan saling bantu membantu dalam menjadikan kedua-dua negeri sebagai pusat pendidikan ilmu pengetahuan yang telah melahirkan tokoh-tokoh ulama dalam perkembangan ilmu.

"Juga melahirkan tokoh pendakwah bukan hanya di negeri ini, dan negara bahkan di nusantara.

"Terengganu juga pernah disebut sebagai serambi mekah, (tumbuhnya) pusat-pusat pengajian pondok sepanjang Sungai Terengganu, Kuala Nerus sehingga Kuala Berang, sehingga ke Dungun dan Besut," ujarnya.

Dimana, kata beliau, pertumbuhan pusat pengajian yang subur di Negeri Terengganu telah melahirkan generasi rabbani di Negeri Terengganu dan Kelantan.

Ulasan