Menyedari ada usaha pihak ketiga berusaha menguasai kepentingan dalam saham FGV muktakhir ini, kami Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan(GENERASI) bersama-sama dengan pertubuhan-pertubuhan lain yang prihatin dengan warga Felda, merasakan kerajaan Malaysia perlu menghalang usaha-usaha menguasai saham FGV secara terancang oleh pihak yang berkepentingan.
Walaupun FGV tersenarai dalam Papan Utama Bursa Malaysia , kepentingan aset-aset Felda sebelum ini, yang diserahkan kepada FGV perlu dilindungi demi masa depan FELDA itu sendiri. Dengan penguasaan FELDA ke atas saham FGV sebanyak 34 peratus, ianya bukan satu jaminan untuk memastikan aset penting terlepas dan hilang. Dengan kelompongan 30 peratus pemilikan saham dimiliki syarikat-syarikat kecil, ianya mendedahkan jalan penguasaan pihak ketiga yang sedang berusaha mengambil alih kepentingan.
Apa yang kami bimbangkan desas desus ada usaha dari pihak dalaman FELDA sendiri seolah bersetuju dengan pakej atau usaha pihak ke tiga ini. Jika ianya tidak dihalang, sudah pasti FELDA berkemungkinan akan mengecilkan pegangan mereka dalam FGV. Jika perkhabaran ini menjadi realiti ianya manjadi satu lagi sejarah hitam bagi Felda dan seluruh warganya. Cukuplah dengan apa yang berlaku ke atas FELDA sebelum ini.
Perlu diingat, yang menjadi rebutan utama ialah aset tanah seluas 335,000 Hektar yang sudah mendatangkan hasil RM1.2 hingga RM1.8 bilion setahun kepada Felda Holdings sebelum diserahkan pajakan kepada FGV dan menjadi aset tarikan utama prospek FGV dengan keluasan tanah pertanian terbesar di dunia sebelum penyenaraian ke papan Utama Bursa Malaysia pada tahun 2012.
Perlu diingat, sebahagian besar status tanah ini juga masih lagi dalam akta Tanah Berkelompok 1960 atau dikenali GSA 1960. Sebelum ini hal ini disembunyikan dari pelabur dan masyarakat. Di sini sudah berlaku perlanggaran oleh pihak kerajaan sendiri pada waktu penyenaraian dibuat.
Tanah yang pada asalnya perlu dimasukan peneroka telah dipohon oleh pihak FELDA untuk dijadikan ladang tanda peneroka bagi menjadikan sumber utama kepada FELDA sejak tahun 1990. Dengan keluasan ladang kelapa sawit seluas ini, ianya menjadi penyumbang aliran tunai kumpulan dan memacu FELDA bergerak sendiri tanpa suntikan dana kerajaan atau pembiayaan luar.
Sejarah ini jangan dipadamkan. Sejarah ini jangan diubah. Kami sebelum ini sudah membantah cadangan menyerahkan tanah 335,000 hektar ini kepada FGV, dan sekarang ternyata tindakan kerajaan terdahulu silap dan sangat berisiko kehilangan selama-lamanya aset ini. Kerajaan hari sepatutnya menghalang jika ada usaha sepertimana yang dirungkaikan di atas.
Justeru itu, kami mendesak seluruh warga FELDA, Badan dan pertubuhan bukan kerajaan, Ahli-Ahli Parlimen Malaysia bersama-sama berusaha mendesak kepentingan aset ini dijaga dengan mendesak Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menyelamatkan aset ini dengan apa jua cara sekalipun agar tanah dikembalikan kepada FELDA bagi memastikan kelestarian FELDA benar- benar dapat dilestarikan.
Sekian.
NARAZA MUDA
Presiden Pertubuhan Warisan Kebangsaan (GENERASI)
30 Oktober 2019

Ulasan