Kehadiran Ramai Zahir Kesungguhan

KUALA NERUS - Kehadiran ramai ahli kedua parti PAS dan Umno pada Himpunan Penyatuan Ummah (HPU) peringkat Negeri Terengganu menzahirkan kesungguhan dua parti untuk saling bekerjasama.

Pengerusi Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Seberang Takir, Ustaz
Zakaria Dagang berkata dengan komitmen tersebut diharap mampu mengukuhkan penyatuan dan mencapai matlmat perjuangan.



"Untuk memartabatkan Islam dan mempertahankan ketuaanan Melayu di Negeri ini.

"Saya meletakkan harapan yang sangat tinggi terhadap usaha murni ini," ujar beliau.

Beliau sebagai berkata demikian, ketika dihubungi pihak media pada hari ini.

Bagi merealisasikan hasrat besar agenda penyatuan ummah itu, katanya, semua pihak kedua-duanya perlu berlapang dada.

"Langkah-langkah seterusnya pasti disusun oleh kepimpinan melalui Jawatankuasa Muafakat Nasional di peringkat pusat dan negeri bagi memantapkan gerak kerja.

"(Maka) semua pihak peringkat parti mestilah menyambut baik usaha-usaha ini,"katanya.

Sehubungan itu beliau turut melahirkan rasa syukur dengan program penyatuan ummah yang dilansungkan di Stadium Negeri Terengganu baru-baru ini.

Ini katanya, program julung kali diadakan itu telah menghimpunkan ahli dan penyokong kedua-dua parti hadir dengan mengenakan tema yang diarahkan sehingga memutihkan stadium.

"Saya menaruh keyakinan bahawa usaha ini akan beroleh kejayaan dengan niat ikhlas semua pihak dengan pertolongan Allah SWT," ujar beliau

Ulasan