14 Disember 2019

PAS Batu Rakit Tubuh Dua Cawangan Baharu*

Oleh : Izzat Al Qushairi

SETIU - PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya menubuhkan dua lagi cawangan dalam tempoh dua bulan.



Dua cawangan berkenaan ialah di Kampung Darat Hulu dan Kampung Pancur Sejuk di sini.

Majlis perasmian kedua-dua PAS Cawangan tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Majlis Tindakan DUN Batu Rakit, Ustaz Mohd Shafizi Ismail.

Pada masa sama, sebanyak 36 borang permohonan keahlian PAS yang baharu telah diserahkan kepada Mohd Shafizi semalam sekali gus membuktikan PAS terus diterima dan mendapat kepercayaan segenap lapisan masyarakat.

Sementara itu, Mohd Shafizi berharap dengan penubuhan cawangan baharu ini, PAS Dun Batu Rakit akan menggiatkan lagi usaha pelaksanaan program dan gerak kerja kebajikan masyarakat.

 “PAS tidak hanya sebagai parti siyasah (politik) semata-mata tetapi juga sebagai parti tarbiyah dan dakwah. Siyasah ada musimnya tetapi tarbiyah dan dakwah sentiasa berjalan tanpa musim,” ujar Mohd Shafizi dalam majlis tersebut.

Turut hadir ialah Bendahari Majlis Tindakan DUN Batu Rakit, Abdul Rahman Yusuf, serta pengerusi cawangan baharu Kampung Darat Hulu, Mohd Azame Abu Bakar.

Lebih utama Majlis perasmian diadakan ini adalah atas permintaan daripada penduduk kampung sendiri menunjukkan dukungan mereka adalah bersama iltizam kepada perubahan.

Tiada ulasan:

Menjunjung Kasih Titah Agong; Fokus Tangani Covid-19

KUALA TERENGGANU - Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menyokong penuh kenyataan Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, ...