Cinta Muafakat Nasional Ke Jinjang Pelamin

Oleh: Norekwan Mamat
HULU BESUT- Muafakat Nasional, kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah mempertemukan dua teruna dan dara sehingga lahirnya rasa cinta dan akhirnya ke jinjang pelamin.
Menurut Muhamad Al Naim Mohd Nor, 29 perkenalannya dengan Nor Azian Noordin, 30 bermula apabila beliau memberi komen di status ‘facebook’ milik isterinya tentang Muafakat Nasional.

” Semenjak dari itu, hari ke hari hubungan kami menjadi rapat dan lebih mesra sehingga ke jinjang pelamin, Alhamdulillah”. ceritanya yang merupakan seorang pemuda PAS DUN Hulu Besut dan isterinya pula Ketua Puteri Umno DUN Hulu Besut.
Al Naim yang ditemui pemberita selepas berlangsung majlis perkahwinannya yang adakan di rumah pengantin perempuan di Kampung Bukit Mali, Hulu Besut, pada Isnin, 3 Februari.

Sehubungan dengan itu, Ketua Pemuda PAS DUN tersebut, Mat Zakie Mat Yeh yang mengalu-alukannya sambil berharap ianya akan memberi sesuatu yang tebaik di masa akan datang.
“Ini adalah salah satu sikap positif yang baik semoga menguatkan lagi Muafakat Nasional terutamanya di DUN Hulu Besut”, ujarnya.


Ulasan