Elak Justifikasi Sendiri

Oleh : Nooreni Abu Bakar
DUNGUN – Ahli-ahli dan penyokong Parti Islam Se-Malaysia(PAS) hendaklah sentiasa taat kepada arahan pemimpin dan mengelak diri daripada membuat justikasi sendiri.
Timbalan Pengerusi Dewan Ulama PAS Negeri Terengganu, Ustaz Jamaluddin Jusoh Al Hafiz mengingatkan keingkaran hanya segelintir mereka kepada pemimpin akan mengakibatkan kemenangan yang dikira sudah di dalam genggaman tidak mustahil ditarik kembali oleh Allah contohnya Peperangan Uhud.
“Pentingnya taat dan thiqah kepada pemimpin, jangan pandang kecil.
Pertanyaan ‘kenapa’ petanda syaitan sedang menguasai dirinya sehingga dia pandai buat justifikasi serta pelbagai andaian, kerana(mereka) ada ‘line kekecewaan yang dimainkan syaitan.
“Kecuali kita ada imuniti, jadi kita kena sentiasa memuhasabahkan diri, jangan biarkan syaitan memanfaatkan kita, memperbudakkan kita,” pesannya.
Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Tarbiah Dan Perkaderan PAS Dungun bercakap demikian ketika menyampaikan taujihat di Tamrin Qiadi Muslimat Rantau Abang di Pusat Tarbiyah Jalan Intan(PUSPATI) di sini pada 20 Februari lalu.
Program bulanan itu yang menghimpunkan ahli dan penyokong muslimat dari seluruh cawangan – cawangan PAS di Dewan Undangan Negeri(DUN) Rantau Abang turut diadakan majlis berbuka puasa, solat hajat dan munajat.
Justeru beliau berharap agar para petugas PAS banyak beramal dan bekerja keras untuk mengajak masyarakat memakmurkan masjid, bukan sekadar hendak pertahan kemenangan.

Ulasan