PAS Kawasan Marang Impi Jadi Kawasan Terbaik

Oleh : Aziz Hambali

MARANG - Parti Islam Se-Malaysia  (PAS) Kawasan Marang mengimpikan untuk menduduki tempat pertama antara kebanyakan PAS Kawasan seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Sulaiman Sulong yang merupakan Setiausaha PAS Kawasan Marang melahirkan hasrat tersebut setelah mengambil kira potensi dan atas beberapa faktor.


Menurutnya, dengan rombongan yang diadakan pada hari ini (semalam) didoakan agar menjadi 'turning point' dalam mengapai hasrat itu.

"Alhamdulillah hari ini rombongan ahli-ahli Majlis Setiausaha PAS Kawasan Marang ke Pejabat Agung PAS Pusat untuk berkongsi pengalaman dan dapat menimba ilmu-ilmu baru dari sudut pengurusan dan pentadbiran.

"Besar harapan saya supaya ahli-ahli majlis Setiausaha PAS Kawasan Marang dapat menimba ilmu-ilmu ini dan diaplikasikan di peringkat PAS Kawasan untuk memastikan kelicinan dan kelancaran pentadbiran peringkat masing-masing dalam kawasan Marang" ujarnya ketika dihubungi, mengulas Lawatan PAS Kawasan Marang ke pejabat PAS Pusat.

Di samping itu, Sulaiman turut mendedikasikan ucapan terima kasih kepada pihak Pejabat Agung PAS Pusat di atas layanan istimewa yang telah diberikan mereka dalam meraikan rombongan dari Marang.

Seramai 26 orang menyertai rombongan tersebut 14 Februari lalu, diketuai oleh Setiausaha PAS Kawasan Marang sendiri, Sulaiman Sulong.

Turut serta ialah ialah Setiausaha-Setiausaha daripada empat DUN seluruh Marang iaitu Pengkalan Berangan, Rhu Rendang, Alur Limbat dan Bukit Payung.

Ulasan