‘PM Malaysia ? Kekalkan Tun M Hingga Tamat Tempoh ‘

Oleh : Hidayah Azlin
SETIU-Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menetapkan pendirian untuk mengekalkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri (PM) Malaysia sehingga tamat tempoh masa yang ditentukan.
Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Azman Ibrahum berkata, pergolakan dalaman Pakatan Harapan (PH) antara Tun M dan Anwar Ibrahim adalah tidak wajar. Jelas menunjukkan ketidakmatangan apabila berebut kuasa sesama sendiri sebelum tiba tamat tempoh.
“Antara Tun M dan Anwar, semua boleh nampak bahawa tindak tanduk Anwar bakal mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada Negara Malaysia.
“Kerana itu maka pendirian PAS, Tun M perlu kekal di Pejabat PM untuk suatu tempoh masa yang ditentukan. Bagi menyatakan hasrat ini, tak kan nak kemuka usul undi tak percaya kepada Anwar pula,’’ katanya dalam satu kenyataan rasmi, pada semalam.
Menurutnya, PAS tak campur tangan dalam urusan dalaman PH.
“Tapi Tun M ialah PM Malaysia, bukan PM PH. Sebagai sebuah parti yang sah mewakili rakyat Malaysia di Parlimen, PAS berhak mengemukakan usul ini,’’ tambahnya.
Menurut beliau yang juga Timbalan Yang Di-Pertua (TYDP) Setiu, kesedaran serta kebijaksanaan ahli PAS dalam membuat sesuatu pemilihan perlulah merujuk kaedah usul fiqh untuk sebarang keutamaan.
“Alhamdulillah. Orang PAS faham molek kaedah usul fiqh, bagaimana kita nak pilih bila berdepan dengan dua mudharat di hadapan kita. Tentunya kita pilih mudharat yang lebih ringan.
“Parti yang tak setuju boleh saja ambil tindakan sebaliknya dengan mengemukakan usul undi tak percaya.
“Dengan 18 orang Ahli Parliman (MP), apakah usul ini boleh menang? Tengoklah bila sampai masanya nanti. Jangan ingat pimpinan PAS buat keputusan sedangkal itu tanpa pertimbangan rapi,” tambah beliau lagi.

Ulasan