Tiada Kawasan Yang Selamat Di Syria

Warga Syria melarikan diri sejak Disember lalu
Beratus-ratus ribu orang Syria yang melarikan diri dari ancaman tentera kerajaan yang sengit sedang ditolak ke kawasan-kawasan yang lebih kecil berhampiran sempadan Turki.


Ketua kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mark Lowcock telah memberi amaran mereka bakal menghadapi keadaan yang mengerikan, termasuk suhu beku yang membunuh bayi dan kanak-kanak, ketua kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah memberi amaran.
Mengulas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN Security Council), pada Rabu beliau berkata, “bencana kemanusiaan yang meletup” di wilayah barat laut Idlib.
Menurutnya, usaha keras diambil untuk menyampaikan dan memberikan bantuan kepada hampir 900,000 orang, lebih separuh daripadanya adalah anak-anak.
Mereka, katanya, telah melarikan diri dari rumah mereka sejak 1 Disember, ketika tentera kerajaan Syria yang didukung oleh Rusia melancarkan serangan untuk menolak pejuang pembangkang dari kubu terakhir mereka di negara ini.
“Mereka bergerak ke kawasan yang semakin ramai yang mereka fikir akan lebih selamat,” kata Lowcock.
“Tetapi di Idlib, tidak ada tempat yang selamat.” tegasnya

Ulasan