Oleh : Dr Riduan Mohamad Nor .
Lima tahun yang lalu , sosok besar perjuangan PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah meninggalkan kita. Riuh geger dunia Islam membawa khabar kematian maestro dakwah ini sehingga ke benua Afrika, pelbagai media antarabangsa melaporkan dan meratapi kematian murabbi ummah ini. Begitulah sketsa kehidupan, bergulir dalam putaran masa yang pantas dengan tidak meletakkan syarat untuk terus kita kekal menghirup udara dunia yang sementara ini. Ramai pimpinan gerakan Islam yang pulang ke negeri abadi dalam pelbagai cara dan seni kematian, ada yang syahid ditiang gantung,dibedil musuh Islam, disiksa dalam tahanan, juga serangan penyakit . Semua mereka dikenang kerana kebaktian mencerahkan ummah dengan ilmu ,mahupun tegas memperjuangkan prinsip Islam.
Baca lagi.....
Baca lagi.....
Ulasan