KUALA TERENGGANU – Ameerah Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang yang menghasilkan perisai muka (face shield), akan mengagihkannya kepada petugas kesihatan yang terlibat mengendalikan pandemik Covid-19.
Ketuanya Siti Rahayu Jusoh berkata, langkah tersebut diambil setelah menerima makluman kekurangannya daripada ahli Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertugas di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Menurutnya, sumbangan akan diserahkan secara berfasa mengikut keperluan dan keupayaan tenaga anggota Ameerah DUN Ladang.
“Untuk fasa pertama ini, kita menyasarkan 200 buah face shield dan alhamdulillah kesemuanya dalam fasa akhir pembuatan sebelum kita mula edarkan.
“Kami mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Syarikat Din Mega yang banyak menaja barangan keperluan untuk menghasilkan face shield seperti span, plastic sheet (kepingan plastik), gam dan lain-lain,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi oleh wartawan Buletin Online, kelmarin.
Tambah Rahayu lagi, untuk fasa seterusnya akan melibatkan kolaborasi dengan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) dan Dewan Muslimat PAS DUN Ladang bagi menghasilkan lebih banyak perisai muka bagi memenuhi permintaan daripada HSNZ dan Klinik Kesihatan (KK).
“Kami berharap agar usaha yang dilakukan ini dapat sedikit sebanyak membantu petugas-petugas barisan hadapan yang sedang berjuang melawan penularan Virus Corona.
“Kami berbangga dengan kalian yang berada di barisan hadapan, yang sedang berjuang tanpa mempedulikan nyawa dan keluarga. Mari kita sama-sama doakan agar wabak COVID-19 ini akan segera berlalu pergi,” katanya.
Oleh itu, kata beliau, orang ramai yang ingin menyumbang bagi menampung kos pembuatan perisai muka ini, bolehlah menghubungi Rahayu di talian 01110151216.
"atau menyalurkan terus ke akaun CIMB Bendahari Ameerah DUN Ladang, Tengku Syahidah Tengku Ahmad bernombor 7613700966.)," ujar beliau.
Ulasan
Deposit pulsa sekarang mulai dari 100rb, DAN dapatkan PROMO DEPOSIT TANPA POTONGAN, Bukan yang lain hanya di Anapoker
Contact ANAPoker Sekarang di :
Whatsapp : 0852 2255 5128
Line ID : agenS1288
Telegram : agenS128
Kunjungi Situs Games Online Uang Asli Terpercaya Lainnya :
link alternatif sbobet
sbobet alternatif
login sbobet
link sbobet
sabung ayam online
adu ayam
casino online
sabung ayam bangkok
ayam laga birma
poker deposit pulsa
deposit pulsa poker
deposit pulsa
deposit pulsa
deposit pulsa