10 Mac 2020

Bangga Anak Terengganu Jadi Menteri

KUALA TERENGGANU  – Badan Perhubungan PAS Negeri dan seluruh ahli PAS Terengganu mengucapkan tahniah dan bangga dengan pelantikan anak Terengganu menjadi Menteri dan Timbalan.
Pesuruhjayanya Dato’ Ustaz Husain Awang turut  mengucapkan syukur buat seluruh Jemaah Menteri Malaysia 2020 yang diumumkan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin petang tadi.

“Pengumuman ini disambut syukur oleh seluruh rakyat Malaysia dan telah menjawab teka-teki yang berlegar sebelum ini.
“Saya juga turut merakamkan rasa bangga dengan pelantikan Menteri dan Timbalan Menteri dari kalangan figura Terengganu,” tegasnya.
Beliau yang juga anggota Dewan Negara berkata demikian dalam satu kenyataan media malam ini.
Justeru beliau berfia agar mereka yang dilantik dapat menjalankan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan sebaiknya.
“Selamat berkhidmat., Siiru ‘Alaa Barakatillah, selamat memimpin Malaysia Sejahtera,” tambahnya.

Tiada ulasan:

Menjunjung Kasih Titah Agong; Fokus Tangani Covid-19

KUALA TERENGGANU - Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menyokong penuh kenyataan Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, ...