Covid-19; Ketentuan Dibenci Seluruh Dunia

Oleh : Adli Mohamad

KUALA TERENGGANU- Penyakit Corona Virus (Covid 19) merupakan suatu ketentuan daripada Allah yang sangat menakutkan serta dibenci seluruh penduduk dunia kini.


Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata melalui musibah berkenaan Allah Taala mengajak seluruh manusia agar beriman.

"Bahawa Covid 19 ini dia tidak datang daripada (Negara) China, dia tidak datang daripada Amerika kalau ikut (melalui) Teori Konspirasi.

"Tetapi dia (Covid 19)datang yang pertamanya (diyakini) adalah daripada Allah SWT," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika bersiaran lansung melalui, laman sosialnya membicarakan mengenai Covid 19 : Dimana Wabak Penyakit Dalam Ilmu Tauhid, pada Rabu 18 Mac.

Jelasnya, bagaimana wabak berkenaan tersebar ianya boleh dibukti melalui kajian manusia.

"Tetapi ia bermula bukan daripada binatang, bukan daripada manusia.

"Dia (Covid 19) datang bermula dengan kehendak Allah SWT," jelas beliau.

 Mengenai wabak baru ditemui Berkenaan katanya bolehlah difahami  merupakan virus yang agak pelik dan menakutkan ini adalah daripada Allah.

Justeru katanya, semua rakyat Malaysia perlu beriman dengan bertauhidkan Allah sebagaimana telah ditunjukkan Rasulullah SAW.

Ulasan