Ikut Saranan Kerajaan Kekal Di Rumah

Oleh : Adli Mohamad
DUNGUN- Semua pihak harus memandang serius perkara disarankan kerajaan supaya kekal berada di rumah serta menghadkan pergerakan agar Corona Virus (Covid 19) tidak terus menular dan menjadi lebih parah.
Ketua Muslimat PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Zakiah Alias berkata ianya wajib dipatuhi semua pihak agar negara tidak menerima nasib seumpama Negara Itali.
“Atas sebab itu kita disarankan duduk di rumah, jangan berjalanlah buat sementara ini (sebaliknya) pereratkanlah hubungan kekeluargaan.
“Duduk di rumah sambil baca Al-Qur’an (dengan) kita ‘tadabur’ ayat-ayat Allah (serta) melihat (merenung) kebesaran Allah,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika bersiaran di Harap TV, Program Mesej Dari Dapur Muslimat, Resepi Pais Ikan Kak Yah, pada Khamis 19 Mac.
Jelasnya, inilah masa yang sesuai untuk menumpukan perhatian pada keluarga dengan kekal berada di rumah dan bersabar diatas peristiwa yang menimpa.
“Ianya bukan merupakan virus biasa-biasa, tetapi virus yang luar biasa.
“Tetapi bagi kita yang beriman mesti menganggap (bahawa) ini adalah merupakan ujian daripada Allah SWT,” ujarnya.

Ulasan