Masyarakat Tiong Hwa Tidak Ditindas

Oleh : Adli Mohamad
DUNGUN – Tidak pernah berlaku penindasan sepanjang pemerintahan PAS di Negeri Terengganu terhadap kaum Tiong Hwa dan kaum yang lain.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat dasar Islam yang diamalkan, sebaliknya adil untuk semua.

Katanya, ia terbukti melalui tempoh pemerintahan PAS di Kelantan serta ketika era PAS memerintah Terengganu pada tahun 1999.
“Dimana (PAS) tidak mencampuri urusan-urusan yang melibatkan agama-agama lain ataupun yang melibatkan budaya bangsa (diamalkan) masyarakat-masyarakat lain.
“(Malah) diadakan peraturan-peraturan enakmen dan sebagainya yang mengabungkan (serta)melibatkan perpaduan, “ ujarnya.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian negeri berkata demikian ketika Majlis Ramah Mesra Bersama Kaum Tiong Hwa di Dewan Majlis Perbandaran Dungun pada Jumaat 6 Mac.
Majlis Berkenaan turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun. ADUN Sura, Wan hapandi Wan Nik serta Pegawai Penyelaras DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman, serta Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Dr. Balachandran Gopal Krishnan.
Satiful berkata, PAS yang memerintah Negeri Terengganu sentiasa memberikan sokongan serta menjaga kebajikan kaum berkenaan pertembungan yang berlaku hanya melibatkan parti DAP.
Dimana ujarnya, dahulu PAS berbaik dengan parti berkenaan namun kerana DAP mula menunjukkan perbezaan sikap sebagaimana yang dilihat berlaku pada hari ini hubungan baik tidak berterusan.
Walau bagaimanapun katanya, melalui DHPP, Muafakat Nasional dan kini Perikatan Nasional, PAS tiada masalah dengan parti komponen yang terdiri daripada kaum Tiong Hwa dan sebagainya.

Ulasan