PAS Besut Agih Makanan Kepada Mangsa Terjejas

KUALA TERENGGANU - PAS kawasan Besut akan mengagihkan sebanyak 1200 bungkus bahan berbentuk makanan kepada penduduk yang terjejas akibat Covid-19 di empat DUN bermula pada minggu ini.



Setiausaha PAS kawasan Besut, Cikgu Salahuddin Jaafar berkata, peruntukan untuk diagihkan adalah daripada Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) sebanyak RM20, 000 untuk setiap DUN.

"Keputusan telah dibuat dalam Mesyuarat Khas Harian PAS Kawasan pada hari Ahad lepas.

"Pusat khidmat DUN diminta mengenal pasti golongan yang terjejas supaya mereka mendapat sumbangan bahan makanan tersebut," jelasnya.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Tindakan DUN Hulu Besut berkata demikian ketika dihubungi pada hari ini.

Menurutnya, seramai 400 orang penerima di setiap DUN yang akan diuruskan Oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) masing-masing.

"Semoga sumbangan ini dapat membantu rakyat yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan Covid 19," ujar beliau.

Salahuddin menambah, tempoh PKP dilanjutkan pula sehingga 14 April yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Ulasan