1000 Set PPE Untuk Barisan Hadapan

Oleh :Nooreni Abu Bakar

KUALA NERUS - Muslimat PAS Terengganu turut menyumbang seribu set Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) bagi memastikan perang terhadap  pandemik virus Corona mencapai kejayaan.



Naib Ketuanya, Tuan Roslina Tuan Sulaiman berkata set tersebut amat diperlukan oleh petugas barisan hadapan yang terlibat dengan pesakit-pesakit COVID-19 termasuk kakitangan hospital, rela, polis, bomba dan lain-lain lagi.

"Ianya bukan sahaja untuk kegunaan petugas barisan hadapan klinik dan hospital di Terengganu tetapi juga akan diedarkan ke negeri-negeri yang memerlukan," jelasnya.

Beliau yang dihubungi di rumahnya di sini 2 April memaklumkan, seramai 50 orang tenaga kerja Muslimat dan Ameerah sedang menyiapkan peralatan penting itu.

"Disamping tenaga, Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu turut menyumbang dana untuk penyediaan PPE ini yang terdiri daripada pelindung kepala(head cover), pelindung kasut(shoe cover)," ujarnya.

Ulasan