KUALA TERENGGANU - 500 bungkusan makanan keperluan asas diagihkan kepada penduduk Felda Tenang, Besut dan kampung sekitarnya.
Setiausaha PAS Kawasan, Cikgu Shalahuddin Jaafar berkata pemberian itu adalah bekalan dalam bulan Ramadan ini.
"500 bungkusan makanan, beras, gula, minyak masak, tepung, bihun dan lain-lain diedar kan kepada penduduk Felda termasuk generasi kedua, kakitangan Felda dan masyarakat sekitar," jelasnya.
Beliau yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Hulu Besut berkata demikian ketika dihubungi semalam, Rabu 29 April.
Menurutnya, rata-rata penduduk gembira menerima sumbangan meringankan beban yang ditanggung akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19.
"PKP sedikit sebanyak pendapatan penduduk terjejas terutama generasi kedua yang mempunyai pekerjaan yang tidak tetap.
'Lebih-lebih lagi yang bekerja sebagai penoreh getah memandangkan harga getah yang terlalu rendah di bawah rm2 sekilo," ujar beliau.
Oleh itu, katanya, walaupun puasa pada kali ini agak kelainan kerana tidak dapat ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah dan solat terawih.
Beliau menambah, tetapi amalan puasa dapat dilakukan seperti biasa termasuk ibadat lain secara berjemaah di rumah.
Justeru itu, beliau berharap dalam tempoh PKP ini, masyarakat dapat mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan supaya penularan wabak dapat disekat rantaiannya.
"Saya berharap agar kes covid-19 ini semakin berkurangan supaya Program Kawalan Pergerakan dapat ditamatkan segera," tambah Shalahuddin

Ulasan