Benar Ahmad Said Tak Dapat Satu Sen, Tetapi.....

KUALA TERENGGANU - Memang benar dakwaan Mantan Menteri Besar Terengganu, Dato Seri Ahmad Said tidak mendapat satu sen pun daripada peruntukan bantuan Covid19.


Sebaliknya Ketua Khidmat Malaysia PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat bekata, ia bukan kerana wang tersebut tidak ada, tetapi ADUN Kijal itu belum menuntutnya dari pejabat daerah Kemaman.

Justeru Hanafiah menyeru agar Ahmad berkata benar dan jangan mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan orang ramai.

"Masa ni bukan nak berpolitik, kerajaan salur peruntukan kepada rakyat melalui agensi kerajaan iaitu MPKK,

"Saya telah bertanya MPKK hampir disetiap DUN mereka memberitahu tidak berlaku susup (sembunyi) barangan sebagaimana yg dituduh (Ahmad Said)," ujarnya ketika dihubungi.

Hanafiah yang Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, menegaskan demikian ketika mengulas ciapan terbaru Ahmad melalui media sosial hari ini.

Ahmad dalam hantaran terkini itu 'masih berdegil' dan mempertahankan dakwaan ' bohong' beliau bahawa ADUN Umno/BN tidak mendapat sebarang peruntukan bantuan menghadapi wabak Corona Virus.

Walau pun telah tular penafian yang telah dibuat oleh Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah semalam, berhubung perkara tersebut

ADUN Wakaf Mempelam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri berkata, semua. ADUN Umno/BN mendatpat RM45, 000 melalui Pejabat Daerah.

"Saya  nyatakan bahawa kenyataan yang dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal adalah tidak benar sama sekali.

"Pihak kerajaan sebenarnya telah menyalurkan terus sebanyak RM45 ribu melalui peruntukan terus kepada semua ADUN Umno melalui  pejabat daerah masing-masing," jelasnya.

Manakala mengulas tuduhan Ahmad terhadap MPKK,  Hanafiah mancadangkan agar beliau atau mana-mana pihak yang mempunyai bukti, membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"jika berlaku perkara sedemikian saya cadang buat repot polis dan SPRM,.biarlah orang yang berkelayakan membuat siasatan," tegasnya

Ulasan