14 April 2020

Muslimat Bermunajat, Baca Al-Quran Dan Sumbang 1000 PPE

KUALA TERENGGANU - Selain bermunajat kepada Allah dan membaca al-Quran, Muslimat PAS Terengganu telah membantu barisan hadapan menghadapi penularan COVID-19 menyumbang lebih 1000 set Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE).


Ketuanya, Hajah Zarani Othman berkata, Muslimat secara aktif mengumpulkan sumbangan  dan mengadakan lawatan ke premis-premis Kementerian Kesihatan dan Pusat Kuarantin.

"Lebih 1000 set PPE kita serahkan kepada Barisan Hadapan di sekitar Kuala Terengganu, Marang dan Kuala Nerus.

"Kita juga berjaya mengumpulkan sumbangan berupa sejadah, Al quran, risalah, yaasin dan bahan makanan serta minuman untuk diserahkan kepada barisan hadapan dan pesakit COVID-19 yang berada di pusat-pusat kuarantin," jelasnya.

Beliau yang juga Ketua Muslimat PAS kawasan Marang berkata demikian dalam satu kenyataan pada semalam, 13 April.

Menurutnya, Dewan Muslimat PAS negeri merupakan penyelia manakala di peringkat kawasan yang memainkan peranan melaksanakan untuk menjahit set tersebut.

Peralatan penting tersebut yang  terdiri daripada pelindung kepala (head cover), pelindung kasut (shoe cover).

"Kita sentiasa berbincang  dan berusaha untuk membantu barisan hadapan bersungguh-shngguh mengorbankan diri mereka dalam suasana yang ada sekarang," ujar beliau.

Oleh itu, Zarani menambah, Muslimat PAS juga mengumpulkan tudung untuk diserahkan kepada barisan hadapan yang memerlukan pada saat ini.

"Kita akan serahkan barangan tersebut kepada Pusat Kesihatan Seberang Takir dan Bukit Payung," katanya.

Justeru itu, beliau menyeru kepada orang ramai agar menjaga diri, keluarga, manfaatkan masa untuk tingkatkan ilmu iman dan amal sertamanfaatkan bersama keluarga .

"Patuhi arahan Perdana Menteri supaya duduk di rumah melainkan ada tugasan yang sangat penting," tambah beliau.


Tiada ulasan:

Rayuan Bantuan Untuk Mangsa Banjir Baling

"Sesiapa yang melapangkan kesusahan seseorang Muslim, maka Allah SWT akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menut...