Tidak Mustahil PKP Fasa Keempat Akan Dilaksanakan

KUALA TERENGGANU - Tidak mustahil dan kemumgkinan PKP akan disambung legi selepas fasa ketiga yang akan berakhir pada 28 April depan.
.

Berdasarkan graf trajektori JP Morgan dan MIER, puncak wabak COVID-19 berlaku akan pada minggu ini.

Pakar Kesihatan Keluarga Dr Suhazeli Abdullah berkata, selepas itu kes-kes baharu mula menurun dan berakhir landai sehingga jun dan Julai.

"Ini adalah unjuran yang dibuat berdasarkan statistik. Negara kita berada di prestasi yang agak baik kerana graf trajektori itu tidak melangkau jangkaan yang dibuat oleh dua penganalisa tadi," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Pun begitu, kata beliau, rakyat dinasihatkan tidak perlu hati berbunga suka lagi, kemungkinan graf akan naik kembali jika terdapat kluster baharu dalam komuniti.

Oleh itu, beliau bimbang jika dalam tempoh PKP ketiga akan datang, orang ramai tidak betul-betul mengekang wabak dan memutuskan rantaian jangkitan.

"tidak mustahil kluster baharu akan wujud. Kita perlu ingat akhir bulan ini bermulanya Ramadhan dan diakhiri dengan hari raya Aidilfitri.

"Di sinilah kemungkinan kluster baharu boleh timbul. Jika kluster baharu timbul, sekurang- kurangnya enam minggu diperlukan menurunkan graf trajektori COVID-19 itu," jelasnya,

Justerru tambahnya, kerisauan beliau ada asasnya kerana budaya berkumpul dan kunjung mengunjung, selain amalan sunnah, sudah menjadi budaya yang berakar umbi dalam masyarakat.

Ulasan